• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 GT3 'Touring Package' Lebih Minimalis, Transmisi Manual Sahaja

Porsche 911 GT3 'Touring Package' Lebih Minimalis, Transmisi Manual Sahaja

September 12, 2017 By Han Othman 1 Comment

FacebookTwitter


PORSCHE terus membuktikan bahawa pengeluar supercar itu sentiasa berada dalam kelas tersendiri apabila memperkenalkan satu lagi edisi baharu 911 berasaskan GT3 - Touring Package (TP). Nama tersebut semestinya diilhamkan daripada varian sedia ada seperti 911 Carrera RS  pada 1973.

Lebih istimewa, model ini ditawarkan secara eksklusif dalam versi transmisi manual 6-kelajuan sahaja. Namun, tidak seperti 911 R yang dihadkan pengeluaran cuma 991 unit, sebaliknya 911 GT3 TP akan dikeluarkan sebagai model tetap.

ENJIN NA, KURANG EKSTREM

Masih mengekalkan enjin aspirasi natural (NA) 4.0L flat six berkuasa 493hp dan tork 460Nm seperti mana 911 GT3 asal, versi TP ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.9 saat bersama kelajuan maksimum 316kmj, yakni 3.21kmj kurang pantas berbanding kereta standard. Ini bermakna TP sedikit kurang ekstrem berbanding abangnya itu.

Melihat rupa luaran, spoiler bersaiz jumbo GT3 dihilangkan. Ciri unik lain termasuk strip tingkap sisi perak, paip ekzos sport dan penutup pencuci lampu utama, serta logo Porsche di belakang.  Namun, bagi opsyen 'Black Exterior Touring Package', elemen tersebut dihitamkan seperti 911 GT3. Akhir sekali, lampu depan dan belakang digelapkan.  

Kemasan dalaman mendapat beberapa kemas kini menerusi penggunaan material kulit halus pada roda stereng, tombol gear, panel pintu dan konsol tengah bawah. Tengah kerusi kini dibuat menggunakan fabrik hitam, manakala penyandar kepala tersemat lambang Porsche berkilat yang disulam rapi. Satu lagi sentuhan istimewa lain ialah trim aluminium hitam.  

Lebih istimewa, GT3 TP berharga sama seperti GT3 standard, iaitu €152,416 (RM764,642) di pasaran negara asal kereta sport itu, Jerman. Sementara itu, 911 GT3 TP akan tampil kepada umum sepanjang Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017.

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Porsche, Porsche 911, Porsche 911 GT3, Porsche 911 GT3 Touring Package, Porsche 911 GT3 TP, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my