BENELLI RFS 150i mula memasuki pasaran Malaysia, April lalu. Walaupun agak lewat berada atas jalan, tetapi itu bukan penghalang kepada mereka yang memang ternanti-nanti kelibat moped ini. Pelik tapi benar, setiap kali keluar motosikal baharu, soalan pertama akan ditanya, berapa top speed?
Berdasarkan video dikirimkan kepada kami, kelajuan maksimum Benelli RFS 150i mencapai angka 141kmj tanpa sebarang modifikasi enjin. Maksudnya, itu kelajuan mengikut spidometer standard yang diberikan!
Melihat video di bawah lagi, kelajuan 141kmj itu dicapai dalam masa 45 saat, tetapi bukan daripada kedudukan pegun (0kmj), sebaliknya bermula 59kmj kerana ia dirakamkan bermula kelajuan seperti tertera.
Menurut tuan punya motor, Benelli RFS 150i milikinya itu kekal standard dan tiada sebarang pengubahsuaian dibuat. Sebabnya, motosikal tersebut masih baharu dan alat ganti pun belum banyak di pasaran. Sekarang jom kita layan top speed supermoped Itali ini.
BACA >>> Benelli RFS 150i Siap Sedia Cabar Y15ZR & RS150R - Harga Bermula RM6,988
katanamie says
Moto aku ni br usia 3bln....dah jln 3000km...so far puas hati...cumanya bila cecah je 136kmj enjin terus menyentap x blh pg lg...
sang petaka hitam says
top speed saya dapat 137 dgn berat badan saya 84kg +5kg bag memang puas hati,corner pon sedap tak goyang..abaikan kata orang memang berbaloi RFS150i ni..
Balan says
Top speed saya baru je buat 1st service. Top speed saya dapat 130kmj.. mmmm x blh p lagi.. tq
Ribut Timur says
Dah pakai hampir Benelli ( Jan 2017) 3 bulan....mmg Bennelli standard tanpa ubah apa2 hanya boleh dpt top speed sekitar 120kmj jalan lurus...kalau menunduk boleh stkat 134 kmj....kalau lebih dr tu....cutt off dia marah nanti....
masalahnya ialah pd panel meter tu ada icon enjin sentiasa terpapar....dah pegi kat pomen kedai yg beli Benelli tu dia kata masalah ni sekejap je...lama2 dia hilang...ni dah hampir 3 bulan, masih lagi ada paparan tu. Aku rasa motosikal jd berat sikit...tp tak semput
Akiana says
Knpe sbb terpapan icon enjin tu,pomen xdpt buat ape ke
haeikal says
O2 sensor masalah tu
Raid fickreey says
Yang mana hebat laju benelli RFS 150i LE atau SE?