• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen T-Roc, Bakal Meriahkan Lagi Pasaran SUV Subkompak

Volkswagen T-Roc, Bakal Meriahkan Lagi Pasaran SUV Subkompak

August 16, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) memang sedang berkembang sekarang ini. Tidak hairanlah banyak pengeluar mahu ikut serta mengeluarkan model masing-masing, termasuk Proton juga yang khabarnya bakal mengeluarkan model SUV pertama tahun depan.

Selain menghasilkan SUV bersaiz sederhana, pengeluar juga cenderung kepada dua trend pembuatan, iaitu pertama, rekaan unik dan funky (seperti HR-V dan C-HR), dan kedua, nama catchy yang sedap didengar.

BACA >>> Toyota C-HR Bakal Lancar Tidak Lama Lagi di Malaysia?

Tidak percaya? Lihat saja model SUV sedia ada di pasaran global masa kini. Ada SUV Škoda Kodiaq, Škoda Karoq, Hyundai Kona, dan Kia Stonic. Sekarang muncul pula nama yang juga sedap disebut, Volkswagen T-Roc. Memandangkan Volkswagen Group sebuah konglomerat gergasi, memang tidak hairanlah sesebuah model itu boleh dihasilkan semudah memetik jari.

KONGSI DNA

T-Roc banyak berkongsi DNA dengan Audi Q2 dan SEAT Ateca yang mana ketiga-tiga SUV tersebut dibina berasaskan platform MQB. Saiz T-Roc pula khabarnya lebih kurang model Golf. Jika mengambil kira trend enjin model-model VW, T-Roc bakal dikuasakan enjin bersesaran kecil seperti 1.0 TSI, 1.5 TSI EVO atau enjin sama seperti Tiguan, 1.4 TSI, manakala pilihan transmisi semestinya kotak gear anjakan terus (DSG) dan opsyen manual.

Apabila berada di pasaran kelak, T-Roc akan menjadi model paling murah dalam famili SUV keluaran VW. Pastinya saingan dalam segmen tersebut akan jadi lebih kompetitif dan menarik.

BACA >>> #PanduUji: Mampukah Geely Boyue Diterima Rakyat Malaysia? Ini Jawapan Kami...

Ini kerana anda kini sudah boleh memilih antara SUV kompak buatan Jepun, Korea, atau Jerman. Ataupun mahu tunggu saja SUV pertama Proton? Tetapi sebelum itu, ada pula cakap-cakap industri mengatakan Perodua pun mahu melancarkan SUV kompak sendiri. Apakah Kembara Generasi-2 kembali?

VW T-Roc Concept Sketch.01
VW T-Roc Concept Sketch.02
VW T-Roc Concept Sketch.03

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kembara Generasi-2, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), lakaran, rendering, Roda4, SUV, Volkswagen, Volkswagen Group, Volkswagen T-Roc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev