• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Piaggio Medley S 150 ABS Lancar di Malaysia, Harga RM18,996.25

Piaggio Medley S 150 ABS Lancar di Malaysia, Harga RM18,996.25

August 12, 2017 By Admin PanduLaju Leave a Comment

380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGEDAR rasmi jenama Piaggio di Malaysia, Naza Premira Sdn Bhd memperkenalkan model Piaggio Medley S 150 ABS yang dilancarkan sempena Naza Merdeka Autofair 2017, hujung minggu ini.

Penampilan skuter Piaggio itu dilihat sangat sesuai buat penunggang yang mahu tampil berbeza dengan sebuah jentera cilik yang lengkap ciri praktikaliti, selain memiliki teknologi dan keselamatan tertinggi.

BACA >>> Skuter Vespa Tertua Sedang Dilelong, Harga Semasa Pun Sudah Lebih RM700k!

ENJIN SOHC, SILINDER TUNGGAL

Medley S 150 ABS dilengkapi enjin 149cc SOHC i-Get 4-lejang silinder tunggal dengan teknologi sistem Mula & Henti (Start & Stop) bersama gabungan sistem transmisi variabel berterusan (CVT) automatik. Hasilnya, skuter Itali itu menawarkan kecekapan bahan api dan kemampuan memecut pada kelajuan tinggi.

Padanan enjin dan transmisi membolehkan Medley S 150 ABS menghasilkan kuasa maksimum 14.7hp pada 7,750rpm dan tork maksimum 14.4Nm (6,400rpm). Selain itu, enjin skuter ini menggunakan sistem penyejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api yang menyumbang kepada kemampuan pecutan berkelajuan tinggi.

REKABENTUK & DIMENSI

piaggio-medley-s-150-abs-merah
piaggio-medley-s-150-abs-merah-2
piaggio-medley-s-150-abs-merah-5
piaggio-medley-s-150-abs-merah-3
piaggio-medley-s-150-abs-merah-4

Dari segi penampilan, walaupun masih menampilkan bentuk badan klasik, tetapi elemen moden tetap diterapkan yang dapat dilihat menerusi sentuhan halus futuristik di beberapa bahagian badan. Lampu depan dipadankan ciri LED, manakala lampu signal belok kiri dan kanan direka lebih elegan. Rekaan sisi badan skuter pula diserlahkan dengan lekukan halus supaya tidak tampil kaku.

Beralih ke belakang, lampu henti direka sedikit besar dan disempurnakan bersama lampu signal sisi. Pengendalian di kota pasti jadi lebih mudah kerana skuter ini menawarkan saiz genit berdimensi 2,020mm panjang, dan 705mm (lebar) berserta jarak roda 1,390mm.

Saiz pelana besar direka dalam ketinggian berbeza buat penumpang dan penunggang, manakala tangki minyak berkapasiti 7 liter dengan ruang 1.5 liter untuk rizab petrol.

BACA >>> Vespa Sprint Adventure Tampil Lebih Gaya

ABSORBER BOLEH LARAS

Skuter seberat 132kg itu dipadankan brek cakera tunggal 260mm di depan dan 240mm (belakang). Kemampuan membrek dimantapkan dengan bantuan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Sistem suspensi menggunakan fork 33mm di depan, dan absorber dengan spring koil berserta tetapan preload boleh laras 5-tahap di belakang. Skuter ini kemudian dilengkapkan rim 16-inci bersama tayar 100/80 di depan, dan rim 14-inci dengan tayar bersaiz sama (belakang).

SOKET USB UNTUK CAS TELEFON PINTAR

piaggio-medley-s-150-abs-usb-socket
Piaggio-Medley-S150-ABS-seatbox-2
Piaggio-Medley-S150-ABS-seatbox

Sebagai kemudahan, Medley S 150 ABS turut dilengkapi soket USB di ruang simpanan depan yang memudahkan penunggang mengecas telefon pintar mereka. Ruang simpanan di bawah pelana pula cukup luas, iaitu 36.2 liter yang mampu memuatkan dua helmet muka penuh!

HARGA PREMIUM

Di pasaran, Piaggio Medley S150 ABS dijual pada harga RM18, 996.25 seunit (termasuk insurans, pendaftaran, cukai kenderaan dan GST).


Sementara itu, sempena Naza Merdeka Autofair 2017, seramai 33 pembeli pertama berpeluang menerima set karier belakang, kotak utiliti, perehat belakang, dan pelapik kaki, termasuk faedah dua tahun servis percuma dan waranti kilang selama dua tahun.

GALERI

Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (1)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (2)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (4)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (3)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (5)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (6)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (4)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (3)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (2)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (1)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (7)
Piaggio_Medley_S_150_ABS_pandulaju (8)
piaggio-medley-s-150-abs-merah
piaggio-medley-s-150-abs-merah-2
piaggio-medley-s-150-abs-merah-3
piaggio-medley-s-150-abs-merah-5
piaggio-medley-s-150-abs-merah-4
Piaggio-Medley-S150-ABS-seatbox-2
Piaggio-Medley-S150-ABS-seatbox
piaggio-medley-s-150-abs-usb-socket
piaggio-medley-s-150-abs-merah-6

Related

380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal, NAZA Premira Sdn Bhd, Piaggio, Piaggio Medley S 150 ABS, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev