• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

Inilah Sebab Kenapa Mesti Pakai Tali Keledar Belakang

August 9, 2017 By Azhan O 4 Comments

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAJIAN Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS) mendedahkan 4 daripada 5 orang di Amerika Syarikat (AS) tidak memakai tali keledar apabila duduk di kerusi belakang jika jarak perjalanan dekat atau ketika menaiki teksi dan perkhidmatan e-hailing seperti Uber.

Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS, Jessica Jermakian berkata, sama seperti pemandu atau penumpang depan, asasnya kebanyakan orang dewasa yang duduk di kerusi belakang juga selamat. Namun, keselamatan itu tidak bermakna jika tali keledar tidak dipakai.

"Ini juga terpakai ketika menumpang Uber, Lyft atau kenderaan sewa lain," katanya.

Tinjauan IIHS yang dibuat ke atas 1,172 responden dewasa berusia 18 tahun dan ke atas antara Jun dan Ogos tahun lalu mendapati cuma 72 peratus memakai tali keledar ketika duduk di kerusi belakang, berbanding 91 peratus di depan.


Ramai pengguna tidak sedar tentang fakta penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mampu mencederakan atau menyebabkan kematian penumpang depan.

Ini kerana impak rempuhan dari depan akan menyebabkan penumpang belakang tertolak dan menghentam kerusi depan hingga menyebabkan pemandu menghempap roda stereng. Jika penumpang depan pula, hentaman penumpang di belakang menyebabkan mereka menghentam papan pemuka.

Malah, statistik kemalangan di AS mendedahkan separuh daripada jumlah penumpang yang maut akibat kemalangan ialah disebabkan tidak memakai tali keledar.

Penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar mungkin rasa mereka tidak cederakan sesiapa. Di kerusi belakang, tali keledar ialah perlindungan utama daripada perlanggaran depan. Tanpanya, badan mangsa boleh menghentam permukaan keras atau orang lain pada kelajuan tinggi yang mengakibatkan kecederaan serius."

- Jessica Jermakian, Jurutera Kanan Penyelidikan IIHS

Sekarang mari kita lihat sendiri kesan buruk akibat tidak memakai tali keledar belakang menerusi video ujian perlanggaran di bawah ini:

SUMBER: CarScoops

Related

3.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, IIHS, Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), kajian jalan raya, tali keledar belakang, tidak pakai tali keledar belakang, tinjauan, ujian perlanggaran, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev