• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Mod 'Quiet' Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

August 6, 2017 By Han Othman 3 Comments

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ANDA mungkin sukakan kemerduan deruman ekzos enjin V8, tetapi tidak semua orang menyukai bunyi bising itu, terutama ketika mata baru sama mahu pejam. Penyelesaiannya, Ford Mustang GT (2018) menawarkan opsyen sistem ekzos aktif yang didatangkan dengan mod Quiet (senyap).

Sama seperti kereta lain yang dilengkapkan sistem ekzos aktif, opsyen paip Mustang GT (2018) mampu melaraskan jumlah kebisingan dilepaskan paip ekzos menerusi injap yang dibuka dan ditutup semasa mod operasi dengan menetapkan input terotel. Tambahan kepada mod Quiet, Mustang GT (2018) turut menawarkan mod Normal, Sport dan Track.

BACA >>> 4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018

Ekzos aktif Mustang GT mampu menghamburkan kebisingan yang sama kuat seperti bunyi blender sedang mengisar makanan. Namun, apabila mod senyap diaktifkan, bunyi yang terhasil daripada enjin 5.0L V8 berkuasa 460hp itu akan direndahkan kepada 72 desibel ketika dihidupkan.

SESENYAP HONDA JAZZ

Kini, bunyi Mustang GT (2018) anda sudah jadi sesenyap dalam kabin Honda Jazz automatik yang sedang dipandu pada kelajuan 112kmj.

Sistem ekzos aktif Mustang GT (2018) diasingkan daripada fungsi penghidup senyap atau 'Quiet Start' yang mana pemandu boleh menetapkan masa bilakah kereta pony mereka dihidupkan dalam mod Quiet. Contohnya, jika anda perlu keluar bekerja ketika jiran-jiran sebelah rumah sedang tidur, anda boleh menetapkan masa menghidupkan Mustang anda dalam mod Quiet sekitar awal jam pagi.

BACA >>> Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Ford Mustang 2018 akan di pasaran, Oktober ini pada harga jualan AS$26,485 (RM113,289) untuk model 4-silinder EcoBoost, dan AS$35,995 (RM153,968), V8 GT. Jika menambah ciri ekzos aktif pada Mustang GT, anda perlu mengeluarkan sejumlah tambahan AS$895 (RM3,828), termasuk AS$2,000 (RM8,555) bagi pakej 301A untuk kawalan suhu automatik dual zon, sistem infotainment skrin sentuh 8-inci, pencahayaan dalaman ambien dan lain-lain. Ini bermakna, Ford Mustang GT (2018) dengan sistem ekzos aktif berserta ciri lain berharga AS$38,890 (RM166,352).

* Harga Ringgit Malaysia (RM) dalam artikel ialah nilai tukaran langsung dengan Dolar Amerika (USD), dan tidak sama dengan harga sebenar di pasaran tempatan, termasuk negara lain.

2018 Ford Mustang V8 GT
2018 Ford Mustang V8 GT
2018-Ford-Mustang-GT-V8-with-Performance-Pack-3

SUMBER: Road and Track

Related

274
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang 2018, Ford Mustang GT (2018), mod Quiet, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev