• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sayap Pesawat Jadi Inspirasi Nissan LEAF (2018), Debut September Ini

Sayap Pesawat Jadi Inspirasi Nissan LEAF (2018), Debut September Ini

August 7, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


SERIUS cakap, rekabentuk kereta elektrik pasaran masih lagi kurang mengancam. Bukan setakat kereta yang dijual kepada umum, rekabentuk kereta lumba Formula E pun tidak seagresif kereta Formula Satu (F1). Bagi kereta dengan teknologi bahan bakar, aspek kecekapan dikira berdasarkan jumlah liter petrol atau diesel, manakala kereta elektrik berasaskan kapasiti bateri dan seberapa jauh kenderaan boleh bergerak.

Walaupun Nissan nampak kurang agresif di pasaran tempatan kebelakangan ini, tetapi lain pula di peringkat global. Bulan hadapan, pengeluar dari Jepun itu bakal melancarkan Nissan LEAF (2018) baharu. Berdasarkan foto intipan yang tersebar, rekabentuk LEAF baharu tersebut akan tampil seperti kereta konvensional, dan bukan lagi janggal seperti sekarang.

BACA >>> Lucid Air - Kereta Elektrik Ini Lebih Pantas daripada Mana-Mana Ferrari, Lamborghini

LEBIH CEKAP, TEKNOLOGI TINGGI

nissan-leaf-2018-1
nissan-leaf-2018-2
nissan-leaf-2018-4
nissan-leaf-2018-5
nissan-leaf-2018-6
nissan-leaf-2018-7

LEAF (2018) bakal muncul dengan lengkukan aerodinamik yang menurut Nissan dapat membantu kereta elektrik itu lebih cekap dan stabil selain mampu bergerak lebih jauh dengan sekali cas penuh.

Model baharu itu juga lebih rendah bagi meraih efek angkatan sifar atau zero lift dengan mengurangkan rintangan angin di bawah kereta, sekali gus menjadikan kereta lebih stabil dan mampu bergerak jauh sebelum dicas semula. Menariknya, rekabentuk LEAF (2018) diilhamkan jurutera Nissan daripada sayap pesawat terbang yang mampu membelah angin untuk perjalanan lebih lancar dan cekap.

BACA >>> Ketahui 12 Perkara Tentang Tesla Model 3 - Kereta Elektrik (EV) Ini Bakal Jadi Fenomena

LEAF (2018) akan menggunakan teknologi e-pedal, di mana pemandu hanya perlu menggunakan pedal minyak untuk tiga fungsi serentak. Tekan untuk bergerak, angkat sedikit untuk perlahan dan lepaskan terus untuk menghentikan kereta. Jika berlaku kecemasan, fungsi pedal brek masih boleh digunakan seperti biasa.

LEAF (2018) dijangka dilancarkan tidak lama lagi, iaitu pada 6 September ini. Perikatan Nissan-Renault dilihat berada dalam posisi terbaik dalam segmen itu kerana mempunyai teknologi dan pengalaman dalam memasarkan kenderaan elektrik (EV), termasuk menguasai teknologi EV dimiliki Mitsubishi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Nissan, Nissan LEAF, Nissan LEAF (2018), Nissan-Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev