• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 Kini Dengan Warna Ikonik US Intercolor Yellow!

January 16, 2026 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

YAMAHA memperkenalkan warna baharu bagi model warisan sport mereka iaitu XSR900 GP ABS untuk pasaran Jepun.

Model ini merupakan jentera yang menggabungkan gayaan retro era 1980an dengan teknologi moden yang dibina berasaskan konsep The Embodiment of Yamaha Racing History.

Rekaan Dan Estetika Warisan GP

XSR900 GP ABS menampilkan penggayaan yang memberi penghormatan kepada jentera kilang GP tahun 1980an seperti YZR500.

Warna baharu yang diperkenalkan adalah Light Reddish Yellow Solid 1 atau dikenali sebagai US Intercolor yang melambangkan identiti Yamaha di litar perlumbaan Amerika Syarikat sekitar tahun 1970an hingga 1980an.

Setiap perincian reka bentuk jentera ini diteliti bagi membangkitkan nostalgia era tersebut.

Fairing atas dipasang menggunakan tiang braket (bracket pipe) dengan nat aluminium yang menyerupai nat plastik pada model klasik TZR250R manakala bahagian meter disokong oleh tiang lurus bertingkat (stay meter).

XSR900 GP ABS menerima rangka utama, lengan ayun (rear arms) dan suspensi hadapan menerima kemasan hitam khas. Manakala penutup klac pula menerima kemasan cat titanium kusam (matte).

Rangkaian Kuasa

Jentera ini dikuasakan enjin 888cc sejukan cecair 4 lejang DOHC 4 injap 3 silinder sebaris yang dibina berdasarkan konsep Crossplane.

Enjin ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 120 hp pada 10,000 rp, dengan tork maksimum 93Nm pada 7,000 rpm.

Enjin direka untuk menjadi ringan dan kompak dengan penggunaan komponen khas seperti omboh, rod penyambung, aci engkol dan aci sesondol yang disesuaikan untuk menghasilkan tork tinggi.

Sistem ekzos mempunyai reka bentuk simetri yang menghasilkan tekanan bunyi daripada dua sisi bagi memberikan bunyi hantaran tork yang mantap.

Paip ekzos keluli tahan karat mempunyai panjang dan lengkok yang berbeza bagi setiap silinder untuk mencapai kesan gelombang tekanan ekzos (exhaust pulsation) yang optimum.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi klac Assist & Slipper yang memudahkan operasi serta menstabilkan tingkah laku jentera ketika penukaran gear.

Teknologi Dan Sistem Elektronik

XSR900 GP ABS dilengkapi unit IMU 6 paksi (Inertial Measurement Unit) berfungsian tinggi yang menyokong pelbagai sistem bantuan pemanduan seperti Sistem Kawalan Traksi (Traction Control System), Sistem Kawalan Gelincir (Slide Control System) dan Sistem Kawalan Angkat Roda (Lift Control System).

Selain itu, Sistem Kawalan Brek turut disertakan bagi mengesan gelinciran ketika jentera dalam posisi condong (banking) sekali gus mengawal tekanan brek dengan lebih efisien.

Penunggang boleh memilih mod Yamaha Ride Control yang merangkumi pilihan Sport, Street, Rain, dan dua mod Custom yang boleh dilaras melalui aplikasi Y Connect.

Paparan instrumen menggunakan skrin TFT 5 inci yang menawarkan tema takometer analog gaya retro.

Sistem navigasi Garmin StreetCross boleh dipaparkan terus pada skrin tersebut melalui sambungan Bluetooth. Ciri praktikal lain termasuk soket pengecas USB Jenis C yang terletak di konsol bawah bahagian kanan meter.

Kerangka Dan Pengendalian

XSR900 GP  menggunakan rangka aluminium CF die cast yang sangat nipis namun mempunyai imbangan ketegaran yang optimum.

Rim pula dihasilkan melalui teknologi SpinForged Wheel bagi mengurangkan berat dan meningkatkan kelincahan.

Sistem suspensi sepenuhnya boleh laras daripada KYB telah ditala khas untuk model ini bagi menangani beban tinggi dengan pelaras prabeban belakang jenis hidraulik 24 cara.

Harga Dan Jualan

Di pasaran Jepun, model ini dijual melalui rangkaian pengedar eksklusif YSP.

  • XSR900 GP ABS Silky White: 1,430,000 yen (RM41,643)
  • XSR900 GP ABS Light Reddish Yellow Solid 1: 1,463,000 yen (RM42,604)

Spesifikasi Teknikal XSR900 GP ABS

  • Enjin: 888cc Sejukan cecair, 4 lejang, DOHC, 4 injap, 3 silinder sebaris
  • Kuasa maksimum: 120 hp@10,000 rpm
  • Tork maksimum: 93Nm@7,000 rpm
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Kapasiti tangki bahan api: 14 liter
  • Berat: 200kg
  • Ketinggian pelana: 835 mm
  • Jarak roda: 1,500 mm
  • Jarak ke tanah: 145 mm
  • Panjang keseluruhan: 2,160 mm
  • Lebar keseluruhan: 690 mm
  • Tinggi keseluruhan: 1,180 mm
  • Saiz tayar hadapan: 120/70ZR17M/C 58W
  • Saiz tayar belakang: 180/55ZR17M/C 73W
  • Kapasiti penumpang: 2 orang (menjadi 1 orang jika dipasang penutup pelana)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Yamaha, Yamaha XSR900, Yamaha XSR900 GP, Yamaha XSR900 GP ABS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my