
CHERY Malaysia memulakan tahun baharu dengan penuh bergaya menerusi kempen istimewa Tawaran Prosperity, menawarkan penjimatan menarik sehingga RM16,888 untuk rangkaian model terpilihnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kempen ini direka untuk memberi lebih nilai kepada pengguna Malaysia yang ingin memiliki SUV moden, sama ada berteknologi hibrid elektrik (HEV), hibrid plug-in (PHEV) mahupun enjin petrol turbo, dengan gabungan prestasi, keselamatan dan keselesaan premium.
Rebat Tunai Lumayan Untuk Pelbagai Model

Melalui Tawaran Prosperity, pelanggan boleh menikmati rebat tunai bagi beberapa model popular Chery, termasuk model arus perdana dan varian elektrifikasi.
Antara yang mencuri tumpuan ialah TIGGO 8 PRO, SUV flagship Chery yang kini ditawarkan dengan rebat tertinggi RM16,888, menjadikannya lebih menarik untuk mereka yang mahukan SUV mewah tujuh tempat duduk pada harga lebih kompetitif.
Senarai Rebat dan Harga Runcit (Semenanjung Malaysia)

Warna Merah Bawa Tuah, Rebat Tambahan RM1,000

Bagi menambah kemeriahan Tahun Baharu Cina, Chery Malaysia turut menawarkan rebat tambahan RM1,000 kepada pelanggan yang memilih warna merah bagi model terpilih. Warna ini bukan sahaja melambangkan tuah dan kebahagiaan, malah menjadikan penjimatan keseluruhan mencecah RM7,888 untuk model tertentu.
Jaminan Bateri PHEV Sehingga 10 Tahun

Untuk pelanggan model PHEV, Chery Malaysia terus memberikan keyakinan tambahan menerusi:
- Jaminan bateri sehingga 10 tahun atau 200,000 kilometer
- Perlindungan lanjutan bernilai RM3,000
- Meliputi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan
Tawaran ini terpakai untuk pembelian baharu serta pemilik sedia ada TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, sekali gus mengukuhkan kedudukan Chery sebagai antara jenama paling agresif dalam segmen SUV elektrifikasi.
Tempoh Promosi
Kempen Tawaran Prosperity Tahun Baharu ini akan berlangsung sehingga 28 Februari 2026. Pelanggan yang berminat disarankan untuk mengunjungi pusat pameran Chery berhampiran atau melayari laman rasmi Chery Malaysia untuk maklumat lanjut.
Leave a Reply