• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Gugurkan RC 390 di Semua Pasaran Global, Kecuali India

KTM Gugurkan RC 390 di Semua Pasaran Global, Kecuali India

December 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

KTM RC 390 ditamatkan jualan kecuali India

JENAMA motosikal dari Austria, KTM secara rasmi menamatkan jualan model sportsbike kapasiti kecil RC 390 di semua pasaran antarabangsa kecuali India, sekali gus mengakhiri perjalanan lebih sedekad model tersebut di peringkat global.

Menurut laporan MCN, pengeluar itu memaklumkan jentera silinder tunggal tersebut gagal mencatatkan permintaan mencukupi beberapa tahun kebelakangan ini.

Data Kurang Positif

Situasi  jadi lebih mencabar apabila kos menaik taraf enjin 373cc bagi memenuhi piawaian emisi Euro5+ dijangka melonjakkan harga jualan ketika banyak pasaran dunia sedang berdepan tekanan ekonomi.

Susulan keputusan itu, KTM RC 390 akan digugurkan daripada barisan produk di Eropah, Britain dan pasaran antarabangsa lain. Stok sedia ada di pengedar dijangka terus dijual sehingga sepanjang 2026.

India Kekal Pasaran Utama

KTM RC 390 ditamatkan jualan kecuali India

Bagaimanapun, terdapat pengecualian penting yang mana pengeluaran KTM RC 390 akan diteruskan untuk pasaran India. KTM mendakwa permintaan di negara itu masih cukup kukuh untuk mengekalkan model tersebut dalam barisan pengeluaran.

India ketika ini satu-satunya pasaran yang menunjukkan prestasi jualan memadai, sejajar kedudukan negara itu sebagai pangkalan kepada syarikat induk KTM, Bajaj.

Sejarah, Perkembangan KTM RC 390

KTM RC 390 ditamatkan jualan kecuali India

Dilancarkan buat kali pertama pada 2014 berasaskan platform Duke 390, KTM RC 390 melalui beberapa kemas kini sepanjang hayat. Naik taraf terbesar diperkenalkan pada 2022, membabitkan panel meteri TFT, pakej elektronik sensitif miring, dan sistem penyejukan dipertingkat.

Pengumuman penamatan itu hadir walaupun KTM baru-baru ini melabur besar dalam pembangunan platform 390. Bermula 2024, KTM memperkenalkan enjin 390cc baharu untuk Duke 390, sebelum meluaskan penggunaan trenkuasa berkenaan kepada beberapa model lain seperti 390 Enduro R, 390 SMC R, dan 390 Adventure R serta 390 Adventure X.

Langkah berkenaan memberi gambaran jelas fokus KTM kini beralih kepada segmen naked, advencer dan dual-sport, berbanding sportbike kecil di pasaran global.

SUMBER: MotorcycleNews.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, beginner bike, beginner sportbike, ktm malaysia, KTM RC 390, Sportbike Aras Mula, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my