• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Diskaun Hampir Tamat, JPJ Dedah 4.9 Juta Saman Masih Tunggak

Diskaun Hampir Tamat, JPJ Dedah 4.9 Juta Saman Masih Tunggak

December 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mendakwa walaupun berbaki kira-kira dua minggu sebelum tawaran diskaun saman JPJ 50 peratus berakhir 30 Disember ini, hampir 4.9 juta saman melibatkan jumlah kira-kira RM1.4 bilion masih belum dijelaskan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sejak tawaran diskaun itu bermula 1 November lalu, hanya sekitar 520,000 saman melibatkan nilai kira-kira RM70 juta diselesaikan.

Saman Tertunggak Libat Pesalah Masih Aktif

Masih terdapat baki sebanyak 4.89 juta saman tertunggak melibatkan jumlah RM1.4 bilion yang belum diselesaikan," kata Aedy Fadly.

Beliau berkata, kebanyakan saman tertunggak membabitkan pesalah yang masih aktif, dan terdapat saman yang tidak dijelaskan lebih 10 tahun.

Turut hadir pada sidang media ialah Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Semakan, Pembayaran Mudah

Menurut beliau, orang ramai boleh membuat semakan saman tertunggak melalui:

  • Aplikasi MyJPJ
  • Portal rasmi JPJ
  • Hadir terus ke kaunter JPJ

Beliau turut mengingatkan semua orang awam layak menikmati diskaun 50 peratus, melibatkan semua jenis saman bawah JPJ.

Tiada Lagi Diskaun Mula 1 Januari


Aedy Fadly menegaskan, tiada lanjutan tempoh akan diberikan selepas 30 Disember ini.

Bermua 1 Januari, tiada lagi diskaun saman JPJ akan diberikan dan kadar bayaran akan kembali kepada kadar asal," katanya.

Beliau menjelaskan diskaun tersebut diberikan sebagai peluang terakhir sebelum pelaksanaan struktur bayaran saman mengikut tempoh, seperti yang ditetapkan Kerajaan.

SUMBER: JPJMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aplikasi MyJPJ, Auto Terkini, Datuk Aedy Fadly Ramli, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, saman jpj, Saman Tertunggak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my