Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Malaysia Umum Pemenang November Kempen Ulang Tahun ke-25 ‘Because of You’
Auto Terkini

Honda Malaysia Umum Pemenang November Kempen Ulang Tahun ke-25 ‘Because of You’

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam19/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pemenang kedua kempen 25th Anniversary Honda Malaysia 'Because of You'

HONDA Malaysia meneruskan sambutan ulang tahun ke-25 pengedar itu dengan mengumumkan pemenang November di bawah kempen istimewa ‘Because of You’.

Dua hadiah utama, Honda Civic 1.5L RS dan Honda CR-V 2.0L e:HEV RS diserahkan kepada pemenang bertuah melalui pengedar sah Honda.

Civic 1.5L RS Milik Pelanggan Setia Honda

Pemenang Honda Civic 1.5L RS | Zulkeffli Abdul Rahman (diwakili dua anak)
Pemenang Honda Civic 1.5L RS | Zulkeffli Abdul Rahman (diwakili dua anak)

Pemenang Honda Civic 1.5L RS menjadi milik Zulkeffli Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, yang membeli Honda HR-V 1.5T V sebagai kenderaan kedua untuk keluarganya.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis penyerahan dan kunci kenderaan diterima dua anak perempuannya, Nuramirah Zulkeffli dan Nuratikah Zulkeffli, bagi pihaknya.

Zulkeffli berkata, kepercayaan kepada jenama Honda terbina sejak lama hasil reputasi kebolehpercayaan, keselamatan dan kemudahan penyelenggaraan melalui rangkaian pusat servis sah yang meluas.

Sebagai pemilik Honda sedia ada, saya memang sudah yakin dengan kualiti dan keselamatan Honda. Kini, bukan saja saya ada SUV baharu, tetapi turut menang Civic 1.5L RS yang akan melengkapkan garaj keluarga kami bersama Honda City. Kami sekeluarga sangat teruja dan bersyukur dengan ganjaran luar biasa ini,” katanya.

CR-V e:HEV RS Jadi Kejutan Manis Akhir Tahun

Pemenang Honda CR-V e:HEV RS | Mohamad Farees Rahimi Ab Kadir

Sementara itu, Mohamad Farees Rahimi Ab Kadir dari Johor diumumkan sebagai pemenang Honda CR-V 2.0L e:HEV RS, sebagai kemenangan yang dianggap luar jangkaan.

Mohamad Farees sebelum ini membeli Honda City Hatchback RS kerana saiz yang kompak, mudah dipandu dan praktikal untuk kegunaan harian.

Memenangi CR-V e:HEV RS ini benar-benar kejutan dan rasa macam satu rahmat. Saya kini ada pilihan sama ada menikmati pemanduan hatchback sporty atau SUV hibrid yang lebih luas dan selesa bersama keluarga. Ini cara terbaik untuk menutup tirai 2025 dan menyambut 2026,” katanya.

Dua Hadiah Utama Masih Menanti

Pemenang Honda Civic 1.5L RS | Zulkeffli Abdul Rahman (diwakili dua anak)
Pemenang Honda CR-V e:HEV RS | Mohamad Farees Rahimi Ab Kadir

Sebelum ini, Honda Malaysia sudah mengumumkan pemenang pertama kempen ini yang membawa pulang City Hatchback RS dan WR-V RS. Dengan penyerahan Civic 1.5L RS dan CR-V 2.0L e:HEV RS bagi November, kini hanya dua hadiah utama lagi yang masih menanti untuk diumumkan sempena kempen cabutan bertuah ulang tahun ke-25 Honda Malaysia.

Kempen ‘Because of You’ adalah tanda penghargaan Honda Malaysia kepada pelanggan setianya yang menyokong jenama itu sepanjang 25 tahun kehadiran di pasaran tempatan.

25th Year Anniversary - Because of You Honda City Hatchback RS Honda Civic 1.5L RS Honda CR-V 2025 Honda HR-V 1.5T V Honda Malaysia
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.