• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

#ApaNakBuat: 5 Rutin Asas Penyenggaraan Motosikal yang Kerap Penunggang Abaikan

August 1, 2017 By ZY 4 Comments

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

"ASALKAN boleh start, jalannn..."

Salah satu tabiat buruk pengguna motosikal adalah kerap mengabaikan rutin penyenggaraan, terutama kalangan penunggang yang menjadikan kenderaan mereka itu sekadar alat bergerak dari A ke B.

Selagi tak ada masalah, buat apa bawa ke bengkel?" - Seman

Tahukah anda amalan penyenggaran yang dilakukan secara rutin mampu mengelak motosikal anda menghadapi kerosakan besar yang menelan kos baik pulih tinggi? Mari, kita ikuti apakah 5 rutin yang sepatutnya anda sebagai penunggang ambil tahu, tapi selalu diabaikan:

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Laraskan Brek Dram Motosikal di Rumah

1. PELINCIRAN AM

Apa-apa yang bergerak pada motosikal memerlukan pelincir. Antaranya, sambungan suspensi, hendal, tongkat, alas pemijak (jika boleh digerakkan) dan skru serta nat. Jika dibiarkan lama tanpa pelinciran, pergerakan komponen tersebut boleh terganggu disebabkan pengumpulan habuk atau karat.

Misalnya skru, walaupun tidak membabitkan pergerakan, tetapi jika dibiarkan berkarat lama, komponen itu pun boleh mereput, dan sukar ditanggalkan kecuali menggunakan bantuan alat elektronik berkuasa (power tools).

Seeloknya, sebelum pelinciran dibuat, anda perlu bersihkan kawasan tumpuan menggunakan kain pengelap atau berus gigi terpakai. Bagi tugasan pelinciran pula, anda boleh gunakan pelincir serba guna seperti WD40 yang sudah jadi pilihan popular zaman berzaman. 💪🏼

2. SISTEM BREK

Kasut brek untuk brek dram dan pad brek (brek cakera) ada tempoh tertentu untuk haus, tetapi janganlah sampai dibiarkan terlalu lama pula. Alat ganti itu bergantung kepada kekerapan anda menggunakan motorsikal, dan bolehlah diperiksa sebulan sekali.

Cara Periksa:

  • Pad brek (brek cakera) - Semak alur atau lekuk indikator pada pad brek. Pad baharu mempunyai alur yang dalam. Tukar pad baharu jika paras alur nampak tipis.
  • Kasut brek (brek dram) - Periksa bahagian luar dram untuk indikator haus dan indikator tukar. Tekan pedal brek untuk dapatkan bacaan,  sekiranya jurang atau gap antara indikator itu sangat dekat, itu bermaksud anda perlu menukar brek dram baharu.

Antara masalah brek dram yang kerap dihadapi ialah bunyi nyaring ketika motosikal bergerak. Jika brek belum haus, kemungkinan besar bunyi tersebut disebabkan debu-debu yang bersisa dalam dram atau brek dimasuki air. Bawa saja ke bengkel dan minta mekanik periksa dan cuci menggunakan semburan angin mampat.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 3 Jenis 'Filter' Motosikal yang Wajib Anda Tahu?

3. PERIKSA MINYAK HITAM/ENJIN

Penyenggaraan minyak hitam bukan sekadar tuang dan periksa apabila tiba tempoh menukar. Lebih-lebih lagi jika anda guna pelincir sintetik dengan tempoh menukar lebih lama. Kekerapan memeriksa minyak hitam, misalnya seminggu sekali, membolehkan anda memerhati sebarang tanda bahaya yang mungkin menyebabkan kerosakan besar ke atas enjin.

Berikut antara tanda yang dapat diperhatikan:

  • Warna - Jernih dan keperangan (warna asal) menunjukkan minyak masih elok. Jika hitam atau kusam sudah sampai masa ditukar baharu. Jika keputihan, ini bahaya kerana gasket kepala silinder kemungkinan bocor atau berlaku masalah besar lain!
  • Aras Berubah - Jika takat minyak terlalu cepat berkurangan, itu bermakna motosikal anda ada masalah gegelang piston (antara punca utama) atau masalah injap (valve). Bawa segera ke bengkel atau pusat servis untuk diperiksa.

4. JAGA RANTAI PACU

Amalan ini selalu diabaikan hingga menyebabkan rantai jadi terlalu longgar dan berbunyi. Tahukah anda rantai longgar juga mampu menjejaskan prestasi motosikal?

Rantai yang kemas dan diminyakkan dapat melakukan hantaran kuasa ke roda belakang dengan lebih lancar. Malah, kekerapan menyenggara dan melincirkan rantai mampu memanjangkan jangka hayat komponen berkenaan.

Sebagai penunggang motosikal di negara tropika yang kerap mengalami hujan dan panas sepanjang tahun, anda dinasihatkan memiliki sendiri pelincir khas untuk rantai. Ingat, cuba elak menggunakan WD40 atau minyak hitam terpakai yang biasa dilakukan kebanyakan bengkel dan pemilik motosikal.

5. JAGA TAYAR

Tayar ialah komponen utama yang menghubungkan anda dengan jalan. Namun, masih ramai penunggang meletakkan diri dalam risiko bahaya dengan menunggang motosikal tanpa tayar cukup tekanan.

Tayar yang tiada tekanan angin mencukupi bukan saja boleh cepat haus, tetapi turut menjejaskan kawalan. Motosikal akan jadi lembab untuk memecut dan tidak stabil ketika mengambil selekoh.

Jika malas ke pam minyak semata-mata untuk memerika tekanan tayar, dapatkan tolok tekanan angin yang mudah disimpan. Kini, tiada lagi alasan untuk tidak periksa tekanan angin tayar!

Berapa kerap? Anda perlu periksa angin tayar sekurang-kurangnya seminggu sekali walaupun motosikal anda hanya diparkir dalam garaj. Sila pam angin mengikut tekanan ditetapkan dalam manual penyenggaraan. Perhatikan juga keadaan bunga tayar untuk mengesan sebarang tanda kehausan atau kebocoran seperti tertusuk paku atau objek tajam.

BACA >>> #ApaNakBuat: Mahu Prestasi Brek Cakera Motosikal Anda Kekal Optimum? Buat 3 Tip Ini!


KESIMPULAN

Senarai di atas hanya membabitkan rutin penjagaan asas untuk mana-mana motosikal. Bagi penjagaan lain, seperti memeriksa kelegaan injap dan aspek teknikal lain yang lebih rumit, eloklah rujuk kepada manual penyenggaraan atau dapatkan khidmat bantuan mekanik terlatih.

Related

10.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, roda2, rutin asas senggara motosikal, tip senggara motosikal

Comments

  1. LC says

    April 24, 2018 at 2:03 PM

    mantap, tapi kalau boleh selitkn gambar baru faham. alur, alur yang mana. rasanya, yg perlu baca ni newbie, kalau yang baca tu faham, dh kira experienced dh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
    Video Lelaki Selamat Nahas Pesawat Air India, 241 Maut
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev