• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Tiada Paksaan Kepada Aeroline untuk Beroperasi di TBS atau TBG

Loke: Tiada Paksaan Kepada Aeroline untuk Beroperasi di TBS atau TBG

November 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Anthony Loke: Tiada paksaan operasi di TBS

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, tiada paksaan terhadap mana-mana pengendali bas, termasuk Aeroline untuk beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Terminal Bas Gombak (TBG).

Loke berkata, dakwaan tular kononnya Kerajaan memaksa semua pengendali berpindah ke dua terminal utama itu adalah tidak benar dan mengelirukan.

Mereka cuba menimbulkan persepsi seolah kita memaksa Aeroline dan semua pengendali lain hanya beroperasi di TBS dan TBG. Jawapannya tidak.

"Kita tidak memaksa sesiapa pun ke TBS atau TBG. Namun mereka mesti beroperasi dari kawasan selamat dan berlesen."

Kementerian Sedia Permudah Lesen Terminal Baharu

Loke berkata lagi, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini berusaha memudahkan proses pelesenan lokasi lain yang sesuai untuk dijadikan terminal, termasuk di pusat beli-belah besar yang memiliki kemudahan lengkap untuk penumpang dan pemandu.

Kami mahu kawasan yang sah dan selamat. Pihak pusat beli-belah boleh mohon lesen terminal dan kami akan bantu mempercepatkan proses kelulusan," katanya.

Contohnya, Aeroline sebelum ini beroperasi dari Hotel Corus, Kuala Lumpur, tetapi lokasi tersebut dianggap tidak sesuai kerana beroperasi di tepi jalan utama.

Kami cadangkan mereka berpindah ke tempat lebih selamat seperti 1 Utama. Saya sudah arahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melonggarkan syarat supaya lokasi seperti One Utama boleh diberikan lesen terminal," katanya.

Lokasi Baharu Disenarai: 1 Utama, Lalaport dan IOI City Mall

Terminal bas di pusat beli-belah 1 Utama.

Selain 1 Utama, Kementerian turut mengenal pasti beberapa lagi lokasi berpotensi seperti Lalaport Kuala Lumpur dan IOI City Mall Putrajaya. Kedua-dua lokasi itu mempunyai laluan bas dan infrastruktur mencukupi untuk dijadikan terminal bandar yang selamat.

Kita tidak mahu semua pengendali tertumpu di satu terminal saja. Sebaliknya, kita mahu wujudkan lebih banyak terminal berlesen di kawasan bandar, supaya operasi lebih tersusun dan selamat," kata Loke.

Fokus Utama: Keselamatan, Keselesaan Seimbang

Loke menegaskan, walaupun Kerajaan memahami keperluan keselesaan penumpang dan pelancong, faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan utama.

Ramai kata tidak selesa jika perlu ke terminal, tapi bila kemalangan berlaku di tepi jalan, kita juga dipersalahkan.

"Jadi, Kementerian perlu seimbangkan antara keselesaan dan keselamatan. Kita bukan menyusahkan pengendali, sebaliknya mahu pastikan operasi dijalankan lebih teratur dan selamat," katanya.

Langkah itu menunjukkan komitmen Kementerian Pengangkutan untuk memodenkan sistem terminal bas bandar, memudahkan industri pengangkutan awam berkembang, dan pada masa sama menjamin keselamatan pengguna di jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aeroline, Anthony Loke, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Terminal Bas Gombak (TBG), Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my