• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen KTM Butterworth Terima Peruntukan RM30 Juta untuk Dinaik Taraf

Stesen KTM Butterworth Terima Peruntukan RM30 Juta untuk Dinaik Taraf

November 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

STESEN Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta, sebagai sebahagian hab pengangkutan awam bersepadu yang menghubungkan terminal feri dan terminal pengangkutan Penang Sentral.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, naik taraf itu adalah sebahagian usaha Kerajaanmenjadikan kawasan sekitar Butterworth sebagai pusat tumpuan mobiliti serantau dengan gabungan pelbagai mod pengangkutan dalam satu lokasi strategik.

Hubungkan Tren, Feri dan LRT Masa Depan

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

Loke berkata, konsep hab bersepadu itu akan memudahkan akses penumpang ke pelbagai bentuk pengangkutan awam tanpa perlu berpindah jauh antara terminal.

Jika seseorang menaiki ETS dari Kuala Lumpur atau Johor ke Pulau Pinang, mereka boleh terus sambung perjalanan menggunakan feri ke pulau atau LRT pada masa akan datang."

Kontraktor Akan Dilantik dalam Masa Terdekat

Loke memaklumkan penilaian projek naik taraf berkenaan sudah disiapkan, dan proses pelantikan kontraktor akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memastikan kerja fizikal dapat dimulakan secepat mungkin.

Stesen KTM Butterworth akan dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta

Sebagai rekod, projek itu dilaksanakan bawah Rolling Plan Kelima (RP5) menerusi Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Dalam ucapan kepada lebih 700 perwakilan DAP Pulau Pinang, Loke turut berkongsi perkembangan terkini mengenai projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang bakal diperluas ke kawasan Terminal Kargo Udara di Batu Maung.

Langkah itu penting bagi memperkukuh infrastruktur logistik udara dan memudahkan akses pemain industri perkhidmatan kargo antarabangsa dengan lebih efisien.

Perluasan ini akan melipat ganda kapasiti kargo udara daripada tiga kepada enam tempat letak kapal terbang. Semua projek ini akan menjadi nadi pembangunan Pulau Pinang, memastikan negeri ini kekal sebagai pusat industri elektronik dan semikonduktor utama di rantau Asia Pasifik."

KTM Butterworth: dari Stesen Utama ke Hab Mobiliti Masa Depan

Naik taraf Stesen KTM Butterworth bukan saja menaikkan imej pengangkutan awam di utara Semenanjung, tetapi bakal meletakkan Pulau Pinang sebagai antara negeri paling maju dari segi rangkaian pengangkutan bersepadu dan mampan.

Apabila siap kelak, hab itu akan menghubungkan tren, feri, bas, dan LRT, sekali gus memberi kemudahan perjalanan yang lebih lancar, efisien dan moden kepada rakyat serta pelancong.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Hab Pengangkutan Awam, hab pengangkutan awam bersepadu, Kementerian Pengangkutan (MOT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my