Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinAuto: Kingpin Mustang Mach 1 Sentuhan Ringbrothers dengan Enjin Supercas 5.0L V8, Lebih 800hp!
Bikin Auto

#BikinAuto: Kingpin Mustang Mach 1 Sentuhan Ringbrothers dengan Enjin Supercas 5.0L V8, Lebih 800hp!

Abang HirataBy Abang Hirata18/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KINGPIN Mustang Mach 1 | Ringbrothers

PAKAR modifikasi kereta dan pengeluar alat ganti, Ringbrothers  yang berpangkalan di Spring Green, Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), memperkenalkan jentera hebat terbaharu, Kingpin di pameran industri aftermarket automotif, SEMA 2025.

Projek baharu itu bukan saja meraikan ikon kereta muscle Amerika, Ford Mustang Mach 1 1969, tetapi melonjakkan had prestasi dan estetika ke tahap lebih tinggi.

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Kingpin adalah hasil kerja teliti yang mengambil masa pembinaan lebih 5,500 jam, menggabungkan rekabentuk klasik abad ke-20 dengan teknologi kejuruteraan terkini abad ke-21.

Bayangan Mustang Mach 1

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Kingpin ialah bayangan semula Mustang Mach 1 dengan tahap prestasi yang jauh mengatasi model asal. Nadi Kingpin ialah enjin Wegner Motorsports 5.0L Coyote V8, yang dilengkapi supercas Whipple.

Pakej itu menghasilkan lebih 800hp dengan semua lonjakan kuasa dihantar ke roda belakang melalui kotak gear manual 6-kelajuan Bowler Transmissions Carbon Edition. Bagi memastikan bunyi enjin garang, Kingpin menggunakan kepala ekzos Ringbrothers yang direka khas dan sistem ekzos keluli tahan karat Flowmaster Super 44 Series.

Transformasi Badan, Casis

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Pasukan Ringbrothers menjalankan kerja logam (metalwork) ekstensif, seperti menukar casis Roadster Shop FAST TRACK Stage III kembali kepada badan tunggal (unibody).

Badan Mach 1 dilebarkan 2 inci di depan dan 3.5 inci di belakang, manakala jarak roda dipanjangkan ke depan 1.5 inci. Bagi meningkatkan aspek keselamatan dan ketegaran struktur optimum, kereta itu dipasang kerangka keselamatan buatan khas.

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Cengkaman yang mantap datang daripada tayar Michelin Pilot Sport 4S yang lebar dan melekat atas jalan dan dipadankan rim sport HRE Vintage Series 517.

Sistem suspensi spring boleh laras tunggal Fox RS dan suspensi indipenden depan dan belakang Roadster Shop FAST TRACK memastikan Mach 1 melekat kemas atas permukaan jalan. Kuasa membrek pula dibekalkan set Brembo besar.

Estetika Sinister, Rekabentuk Luaran

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Rekabentuk Kingpin dibuat untuk tampil jahat (sinister) dengan bentuk badan buatan tangan disaluti warna khas Bootleg Black daripada BASF.

Trim kereta menggunakan warna istimewa Grab-Her Green yang diilhamkan daripada warna Ford Grabber Green, tetapi dalam tona yang diubah suai bagi menyerlahkan penampilan lebih agresif.

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Di belakang, Kingpin dipasangkan difuser gentian karbon dan panel suku (rear quarter panels) yang direndahkan, dan mempunyai liang udara melalui panel ekor belakang gentian karbon khas.

Komponen gentian karbon one-off lain juga banyak digunakan, terdiri daripada bonet, sekeliling gril, valance depan bawah dan juga sentuhan dalaman.

Perincian Dalaman Mewah, Moden

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Bahagian dalaman kereta menampilkan balutan dan kemasan trim, yang lengkap dengan perincian dan perkakasan logam berkilau cetakan 3D dan dimesin.

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

Ciri dalaman termasuk sistem kawalan suhu Vintage Air Gen IV Magnum, tolok Dakota Digital dan gelung stereng gentian karbon hancur (crushed-carbon) Ringbrothers ENYO buatan khas.

Spesifikasi Ringbrothers KINGPIN

Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers

  • Model asal: Ford Mustang Mach 1 1969
  • Masa pembinaan lebih 5,500 jam
  • Enjin Wegner Motorsports 5.0 liter Coyote V8 dengan supercas Whipple
  • Output kuasa lebih 800hp
  • Transmisi manual 6-kelajuan Bowler Transmissions Carbon Edition
  • Sistem ekzos dengan kepala ekzos Ringbrothers buatan khas dan sistem ekzos Flowmaster Super 44 Series keluli tahan karat
  • Casis Roadster Shop FAST TRACK Stage III (diubah suai menjadi unibody), dan absorber spring boleh laras tunggal Fox RS, suspensi indipenden depan dan belakang Roadster Shop FAST TRACK
  • Brek Brembo besar
  • Tayar Michelin Pilot Sport 4S, dan rim sport HRE Vintage Series 517
  • Ubah suai badan dilebarkan 2 inci (depan), dan 3.5 inci (belakang), manakala jarak roda dipanjangkan 1.5 inci ke depan
  • Cat luaran BASF Bootleg Black (utama), dan Grab-Her Green (trim)
  • Ciri khas kerangka keselamatan one-off, difuser belakang gentian karbon one-off, komponen gentian karbon one-off (bonet, gril, valance), stereng Ringbrothers ENYO, tolok Dakota Digital.
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
KINGPIN Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Bikin Auto Bikin Kereta Ford Ford Mustang Ford Mustang Mach 1 Kingpin Ringbrothers Ringbrothers KINGPIN
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Ducati Factory Made
Bikin Auto

#BikinAuto: Ducati Factory Made – Program Kustom Terus dari Kilang!

04/03/2026
Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Singer dan Red Bull Advanced Technologies berkerjasama naik taraf Porsche klasik
Bikin Auto

#BikinAuto: Singer, Red Bull Advanced Technologies Kerjasama Naik Taraf Porsche Klasik

09/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.