
SEMPENA PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), TCP Red Bull Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan dalam arena sukan permotoran melalui kolaborasi eksklusif bersama jenama helmet motosikal berprestij antarabangsa, KYT Helmet.
Kolaborasi itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, tetapi turut berfungsi sebagai penghargaan kepada komuniti peminat sukan permotoran di Malaysia yang menjadi nadi kepada semangat dan tenaga di sebalik dunia perlumbaan.
Perpaduan Semangat, Gaya Permotoran
Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata, kerjasama ini melambangkan usaha Red Bull untuk mendekati komuniti peminat dan pelumba tempatan yang menjadikan sukan permotoran sebahagian gaya hidup.
Hubungan kami dengan dunia permotoran adalah mengenai semangat, tenaga dan komuniti. Melalui kerjasama bersama KYT, kami ingin meraikan peminat yang sentiasa menyokong kami di setiap selekoh dan garisan penamat," katanya.
Sementara itu, Pengarah MKA Group, iaitu pengedar rasmi helmet KYT di Malaysia, Doc Dol pula berkata, kolaborasi ini menggambarkan kesepaduan nilai antara KYT dan Red Bull, iaitu keberanian, ketepatan dan semangat untuk terus maju.
Koleksi ini direka untuk peminat dan penunggang motosikal yang mahu menonjolkan identiti sebagai sebahagian daripada budaya perlumbaan.
"Kami berharap kerjasama ini membuka jalan untuk lebih banyak inisiatif menarik pada masa akan datang," katanya.
Dua Helmet Edisi Terhad: TT-Revo dan TTR-Jet
Kolaborasi itu memperkenalkan dua helmet rekaan edisi terhad pada harga berikut:
- KYT TT-Revo (muka-penuh) - RM719, direka untuk perlindungan maksimum dan prestasi litar
- KYT TTR-Jet (muka-terbuka) - RM499, menawarkan keselesaan serta gaya santai untuk kegunaan harian
Kedua-dua model menampilkan rekaan eksklusif Red Bull x KYT, diilhamkan daripada semangat kelajuan, tenaga dan keberanian yang menjadi DNA kedua-dua jenama itu.
Peminat yang hadir ke PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 akan menjadi antara terawal memiliki helmet berkenaan. Selepas acara tersebut, produk itu tersedia di pengedar sah KYT seluruh Malaysia, yang didatangkan dengan produk Red Bull percuma, sementara stok masih ada.
Komitmen Berterusan dalam Dunia Permotoran
Sebagai jenama minuman tenaga terkenal dunia, TCP Red Bull terus komited menyokong pembangunan sukan permotoran negara daripada pelumba muda peringkat akar umbi hingga pentas profesional.
Kolaborasi bersama KYT menjadi simbol gabungan tenaga dan inovasi dalam meraikan semangat peminat yang tidak pernah luntur terhadap dunia dua roda





Leave a Reply