• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Terus Gasak, Lancar Honda City Hybrid i-DCD Pula!

Honda Malaysia Terus Gasak, Lancar Honda City Hybrid i-DCD Pula!

July 23, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INI berita yang langsung sukar dikesan. Kebiasaannya, berbulan-bulan sebelum Honda Malaysia melancarkan sesuatu model, desas-desus mengenai pelancaran itu sudah tersebar luas di alam maya. Tetapi, lain pula kali ini kerana tanpa angin atau ribut, dan tiba-tiba sahaja Honda Malaysia melancarkan Honda City Sport Hybrid i-DCD.

Tiada apa yang mustahil dengan pelancaran itu memandangkan Honda Malaysia sudah pun mula memasarkan Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD, sekali gus menjadikan negara ini satu-satunya negara luar Jepun yang menawarkan model hibrid tersebut.

BACA >>> Giliran Honda CR-V Terlajak Laris, 7 Hari Dapat 1,400 Tempahan!

Tambahan varian hibrid diyakini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Honda City sebagai peneraju segmen-B. Apatah lagi Honda City versi dipertingkat (facelift) baru sahaja dilancarkan Mac lalu dengan mencatat jualan sebanyak 12,000 unit dalam masa empat bulan.

Berasaskan jumlah tersebut, memang tidak hairan jualan terkumpul Honda City generasi keempat kini sudah pun melebihi 115,800 unit sejak dilancarkan Mac 2014.

Spesifikasi Honda City Sport Hybrid i-DCD:

  • Berharga RM89,200 (tanpa insurans) dan menjadi sedan hibrid termurah di pasaran tempatan.
  • Dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu / Integrated High Power Motor (IHPM).
  • Gabungan enjin dan motor menghasilkan ouptut kuasa 136hp dan tork 170Nm, setanding enjin 1.8L.
  • Menggunakan bateri Litium-ion (Li-ion) berkapasiti tinggi yang tahan lebih lama..
  • Dipadankan transmisi klac dual (DCT) 7-kelajuan dengan tukaran shift-by-wire.
  • Penggunaan minyak 3.9L/100km - ujian UN R101.
  • Turut mempunyai pedal anjakan gear di stereng.
  • Meter 3 dimensi (3D) pelbagai maklumat seperti aliran energi, meter sport, ekonomi bahan api, info pandu dan paparan Eco.
  • Skrin multimedia 6.8 inci, panel penyaman udara digital
  • Lampu siang (DRL), lampu belakang LED
  • Rim aloi 16-inci dua tona.
  • Saiz but 536 liter walaupun tersimpan bateri Unit Kuasa Pintar (IPU).
  • 4 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Signal Henti Kecemasan (ESS).
  • Kamera undur.
  • Tiga warna pilihan - Lunar Silver Metallic (perak), Modern Steel Metallic (kelabu) dan White Orchid Pearl (putih).
  • Waranti lima tahun tanpa had perbatuan, dan tempoh selenggara setiap 10,000km.
  • Waranti lapan tahun untuk bateri Li-Ion.

BACA >>> Apa Itu 'Honda Sensing' Pada Honda CR-V (2017) - 'Power' Sangat Ke?

Honda Malaysia mensasarkan jualan 250 unit sebulan dan anda boleh lihat dan pandu uji sedan hibrid ini di pengedar terpilih seluruh negara bermula pertengahan Ogos ini.

Honda City Sport Hybrid i-DCD.01
Honda City Sport Hybrid i-DCD.02
Honda City Sport Hybrid i-DCD.03

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda, Honda City Hybrid, Honda City Sport Hybird i-DCD, Honda Malaysia, Roda4, Sedan, sedan segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev