• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rafizi: Tanpa Penyasaran Subsidi, T20 Nikmati 75 Peratus Lebih Manfaat Berbanding B40

Rafizi: Tanpa Penyasaran Subsidi, T20 Nikmati 75 Peratus Lebih Manfaat Berbanding B40

September 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Datuk Seri Rafizi Ramli - RON95

BEKAS Menteri Kewangan, Datuk Seri Rafizi Ram menegaskan tanpa pelaksanaan program Budi Madani RON95 (BUDI95), golongan pendapatan tinggi (T20) akan terus menikmati manfaat subsidi petrol yang lebih besar berbanding golongan B40.

Menurut Rafizi, keadaan itu berlaku kerana setiap kali Kerajaan membelanjakan subsidi, keluarga berada memperoleh bahagian lebih besar berbanding isi rumah berpendapatan rendah.

Jika penyasaran semula subsidi RON95 tidak dibuat, bagi setiap RM1 subsidi RON95 yang dibelanjakan Kerajaan, keluarga T20 akan mendapat 75 peratus lebih banyak subsidi berbanding keluarga B40."

"Negara juga akan terus terdedah kepada kesan turun naik harga minyak mentah dunia yang tidak menentu."

Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 di bawah program BUDI25.

Pengumuman itu membezakan harga untuk bukan warganegara yang perlu membayar pada kadar anggaran RM2.60 seliter.

Penyasaran Subsidi Perlu untuk Reformasi Ekonomi

Rafizi menegaskan penyasaran subsidi adalah langkah tepat bagi memastikan bantuan Kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran.

Keputusan menyasarkan semula subsidi adalah baik untuk negara kerana memperbetulkan dasar Kerajaan - daripada memberi lebih manfaat kepada kumpulan berada kepada menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan."

Beliau berkata, penggunaan petrol RON95 dianggarkan mencecah 1.3 hingga 1.5 bilion liter sebulan yang menyebabkan Kerajaan menanggung kos subsidi tahunan antara RM10 hingga RM12 bilion.

Sebaliknya, pada 2023 dan 2024, perbelanjaan subsidi melebihi RM20 bilion setahun apabila harga minyak mentah dunia mencecah AS$80 setong.

Majoriti ahli ekonomi juga pastinya bersetuju penyasaran semula subsidi RON95 adalah langkah penting dalam reformasi ekonomi negara."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Budi Madani RON95 (BUDI95), Datuk Seri Rafizi Ramli, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my