• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Benarkan Kenderaan Rekreasi (RV) Dilesen Komersial Mulai 2026

MOT Benarkan Kenderaan Rekreasi (RV) Dilesen Komersial Mulai 2026

September 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kenderaan Rekereasi (RV) boleh dilesenkan untuk tujuan komersial bermula 1 Januari 2025.

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mengumumkan kenderaan rekreasi (RV) kini boleh dilesenkan dan dikawal selia bagi tujuan komersial bermula 1 Januari 2026.

Langkah itu dilihat bakal memberi nafas baharu kepada segmen pelancongan berasaskan RV yang semakin berkembang di Malaysia.

Motor home

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar baharu itu membolehkan RV digunakan sebagai Kenderaan Sewa dan Pandu Pelancongan (KSPP) di Semenanjung Malaysia dan Kereta Sewa Pandu (KSP) di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Pelaksanaannya terhad kepada kenderaan baharu sama ada CKD atau CBU, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

"RV persendirian yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2025 pula boleh dikomersialkan dengan syarat berusia tidak melebihi 15 tahun dan lulus pemeriksaan teknikal JPJ."

Lesen, Permit Lebih Mudah Melalui 'Single Window'

MOT bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut mengkaji pelaksanaan sistem permohonan lesen RV secara single window bagi memudahkan urusan pengendali.

Bermula 1 Januari 2026, mana-mana kenderaan RV baharu yang ingin disewakan hanya perlu mendapatkan satu permit daripada MOTAC bagi membolehkan digunakan untuk aktiviti pelancongan."

Langkah pelesenan itu penting bagi menjamin keselamatan pengguna, mengawal operasi dan melindungi kepentingan penyewa melalui penguatkuasaan permit.

Pejabat Baharu JPJ Cawangan Kajang

Pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang dijangka siap 2027
Pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang dijangka siap 2027

Dalam majlis sama, Loke turut mengumumkan projek pembinaan pejabat baharu JPJ Cawangan Kajang bernilai RM22.7 juta, bermula 10 April lalu dan dijangka siap 7 April 2027.

Bangunan dua tingkat berkeluasan 2,678 meter persegi itu menampilkan rekabentuk moden dan mesra pelanggan, serta lengkap dengan:

  • Kaunter perkhidmatan lebih selesa
  • Bilik mesyuarat dan surau
  • Ruang parkir mencukupi
  • Kemudahan mesra OKU
  • Kapasiti menampung hingga 150 pengunjung pada satu masa

Tindakan Tegas Terhadap Pemandu Kereta Sewa Haram

Mengulas mengenai kes pemandu kereta sewa yang menipu pelancong asing dengan tambang mencecah RM800, Loke menegaskan JPJ akan memperketat penguatkuasaan, termasuk operasi pengintipan di KLIA.

Modus operandi mereka mudah. Mereka menyewa kenderaan daripada syarikat atau individu, kemudian guna untuk perkhidmatan pengangkutan secara haram. Jika kenderaan disita, mereka tidak terjejas."

Kita akan teliti sama ada undang-undang sedia ada perlu diperketat untuk memberi mesej jelas bahawa perbuatan ini tidak boleh dikompromi."

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kenderaan Rekreasi (RV), Menteri Pengangkutan, MOTAC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my