• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stellantis: Insentif EV Perlu Diteruskan Bersasar, Berfasa untuk Belanjawan 2026

Stellantis: Insentif EV Perlu Diteruskan Bersasar, Berfasa untuk Belanjawan 2026

September 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo

INSENTIF kenderaan elektrik (EV) di Malaysia perlu diteruskan secara bersasar dan berperingkat untuk Belanjawan 2026, bukan dilaksanakan tanpa had.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan keyakinan pengguna terus terjamin dan industri automotif kekal berdaya saing.

Insentif Berfasa Bantu Bina Ekosistem EV Kukuh

Stesen cas EV di Malaysia

Yeo berkata lagi, insentif yang disusun berfasa akan melindungi pengguna daripada lonjakan kos mendadak, mengekalkan momentum pasaran dan mewujudkan penanda aras jelas bagi pembangunan ekosistem EV.

Insentif yang sejajar dengan pemindahan teknologi tempatan akan membina ketahanan industri, bukan mencipta kebergantungan. Langkah ini juga memastikan Malaysia kekal kompetitif berbanding negara serantau."

Beliau menambah, sejak 2022, insentif di bawah Dasar Automotif Nasional 2030 (NAP 2030) memberi peluang pengguna merasai pengalaman pertama memiliki EV pada harga lebih mampu milik. Perkembangan positif itu dapat dilihat melalui:

  • Peningkatan minat pengguna terhadap EV
  • Rangkaian pengecasan semakin meluas
  • Pelaburan baharu daripada pengeluar automotif

Namun beliau mengingatkan kadar penembusan EV di Malaysia masih sederhana dan liputan pengecasan belum cukup menyakinkan bagi penggunaan harian.

Stellantis Sedia Pemasangan EV di Gurun, Kedah

Logo Stellantis

Yeo mendedahkan, Stellantis akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) model EV, Leapmotor di fasiliti Gurun, Kedah menjelang hujung tahun ini. Stellantis juga memperkukuh:

  • Perkhidmatan selepas jualan menerusi rangkaian Eurorepar
  • Hab alat ganti serantau di Malaysia untuk memastikan kos penyelenggaraan lebih rendah
  • Menyediakan peluang pekerjaan dan pemindahan kemahiran kepada tenaga kerja tempatan

Insentif Tidak Boleh Kekal Selamanya

Yeo menegaskan sebarang lanjutan insentif EV mestilah dilaksanakan secara berdisiplin dan telus, dengan kaitan jelas kepada pencapaian industri.

Jika Kerajaan tidak melanjutkan insentif, ia seharusnya dilihat sebagai evolusi semula jadi perjalanan EV negara, bukan langkah ke belakang."

Menurutnya, setiap fasa insentif perlu memberi manfaat ketara kepada pengguna sambil memperkukuh daya saing industri Malaysia di peringkat serantau.

Impak Belanjawan 2025

Sebagai rekod, Belanjawan 2025 sudah memperkenalkan langkah merancakkan penggunaan EV, seperti:

  • Pengecualian penuh duti import dan eksais bagi EV CBU hingga 31 Disember 2025
  • Pengecualian duti import, eksais dan cukai jualan bagi EV CKD hingga 31 Disember 2027
  • Pelepasan cukai individu hingga RM2,500 untuk pemasangan pengecas rumah (hingga tahun taksiran 2027)
  • Rebat hingga RM2,400 bagi motosikal elektrik CKD
  • Insentif cukai pelaburan untuk operator dan pengeluar peralatan pengecas EV

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Kenderaan Elektrik (EV), Roda2, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Insentif EV, Insentif Kenderaan Elektirik, Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD), Leapmotor, Pengarah Urusan Stellantis ASEAN Isaac Yeo, Stellantis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my