• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda WN7 Nama Rasmi Untuk Motosikal EV Honda, Jarak Lebih 130 KM, Tampil Rekaan Bergaya!

Honda WN7 Nama Rasmi Untuk Motosikal EV Honda, Jarak Lebih 130 KM, Tampil Rekaan Bergaya!

September 16, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda mengesahkan nama rasmi, masa pengeluaran dan spesifikasi utama untuk motosikal elektrik dengan gaya naked. Tidak lagi dikenali sebagai EV FUN, motosikal ini secara rasminya diberi nama Honda WN7.

Dari segi nama, huruf ‘W’ diilhamkan dari konsep pembangunan “Be the Wind”, ‘N’ merujuk kepada ‘Naked’ dan angka 7 sebagai rujukan kepada kelas kuasa.

Dari EV FUN ke WN7

Honda EV FUN 2025 - Masatsugu Tanaka

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, EV FUN sudah pun menjalani ujian jalan raya di Eropah, diketuai jurutera berpengalaman Masatsugu Tanaka yang turut mengetuai pembangunan model popular seperti CBR600RR, Fireblade, Gold Wing, Africa Twin dan NT1100.

Rangkaian Kuasa dan Prestasi

Honda WN7 hadir dengan reka bentuk futuristik yang ringkas dan menawarkan jarak melebihi 130km hasil pek bateri litium-ion tetap.

  • Pengecasan pantas CCS2: 20-80% hanya 30 minit.
  • Wallbox 6kVA: pengecasan penuh 0-100% dalam kurang 3 jam*.

Motosikal ini menggunakan motor penyejukan cecair 18kW, memberikan prestasi setara motosikal 600cc enjin pembakaran dalaman (ICE), tetapi dengan tork 100Nm atau menyamai jentera 1000cc ICE.
Honda turut menawarkan versi 11kW A1 licence dan memberi akses lebih luas kepada penunggang muda atau baharu.

Berat dan Dinamik

Dengan berat hanya 217 kg, WN7 dijangka memberi pengalaman tunggangan lincah, stabil dan menyeronokkan.

Sejarah lebih 75 tahun pembangunan motosikal Honda, yang mencapai pencapaian 500 juta unit pada Mei tahun ini, menyaksikan kepakaran dan pengalaman luas dicurahkan ke dalam WN7 bagi memastikan kualiti Honda seperti keseimbangan, kestabilan dan keseronokan tunggangan kekal jelas

Kelengkapan Moden

  • Paparan TFT 5 inci dengan Honda RoadSync dan menu eksklusif EV.
  • Lampu LED penuh depan dan belakang.

Maklumat penuh spesifikasi akan diumumkan di EICMA 2025.

Tempahan Awal Dibuka

Tempahan Honda WN7 kini dibuka menerusi laman web rasmi Honda, dengan pelanggan akan dihubungkan terus kepada pengedar setempat.
Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 4 November akan menerima beg pelana percuma.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: EV, Honda, Honda WN7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my