• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

September 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Menteri MITI, Tengaku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

HARGA jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal Kerajaan, sebaliknya ditentukan pasaran, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen, MITI menjelaskan Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MOF) menyediakan pelbagai insentif dan pengecualian cukai kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD), termasuk pengeluar kenderaan nasional.

Insentif Galak Pelaburan dan R&D

Kilang CKD Proton X70

MITI berkata tujuan insentif itu adalah untuk:

  • Menggalakkan penggunaan komponen daripada vendor tempatan
  • Menarik pelaburan berkualiti
  • Merangsang aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam negara

Melalui insentif dan pengecualian cukai ini, pengeluar kenderaan dapat menawarkan harga kompetitif bagi pasaran tempatan berbanding kenderaan diimport sepenuhnya."

Jawapan Isu Harga Kereta Tempatan Mahal

Penjelasan MITI itu bagi menjawab soalan Senator Datuk Ahmad Ibrahim sama ada Kerajaan bercadang mengkaji semula harga kereta buatan Malaysia yang dianggap terlalu mahal hingga rakyat terpaksa membuat pinjaman sewa beli bertahun-tahun, sedangkan kereta tempatan tidak dikenakan duti import.

Model Mampu Milik Perodua, Proton

Perodua Axia E 2023
Proton Saga Standard 2016

Menurut MITI, pengeluar kenderaan nasional sudah menawarkan model mampu milik kepada rakyat, antaranya:

  • Perodua Axia Rahmah - Harga bermula RM22,000 (tanpa insurans)
  • Proton Saga - Harga bawah RM40,000

Kerajaan berharap dengan kaedah ini, rakyat boleh memilih kenderaan yang sesuai dengan kemampuan masing-masing, sekali gus megelakkan bebanan kewangan tinggi."

Pasaran Tentukan Harga, Kerajaan Sedia Galak Pilihan Mampu Milik

Ringkasnya, Kerajaan tidak campur tangan secara langsung dalam menentukan harga jualan kereta. Namun, pelbagai insentif dan pengecualian cukai diberikan bagi memastikan pengeluar kenderaan tempatan mampu menawarkan harga lebih kompetitif.

Melalui model seperti Perodua Axia Rahmah dan Proton Saga, rakyat mempunyai pilihan kenderaan pada harga mampu milik bergantung bajet masing-masing.

SUMBER: BeritaHarian

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Harga kenderaan, Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri (MITI), Pemasangan Tempatan (CKD), Perodua, Proton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my