• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kia Rio Pulse Edisi Terhad Sedia Ditempah - RM81,504 (untuk Orang UK Sahaja)

Kia Rio Pulse Edisi Terhad Sedia Ditempah - RM81,504 (untuk Orang UK Sahaja)

July 20, 2017 By Han Othman 1 Comment

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KIA memperkenalkan famili Rio baharu dalam versi edisi terhad bagi pasaran Britain dengan tempahan dibuka pada harga £14,595 (RM81,504) atas jalan. Digelar Kia Rio Pulse, model ini dislotkan antara gred 2 dan 3, dan didatangkan standard dengan opsyen warna Clear White (putih) dan Midnight Black (hitam).

Ciri lain yang membezakan subkompak hatchback ini ialah ventilator depan merah, penutup cermin sisi, trim skirt, dan bumbung, termasuk gril hitam dengan kemasan krom sekeliling,  cermin belakang gelap, rim aloi 17-inci dan tayar 205/45.

BACA >>> #NYIAS2017: Kia Rio (2018) Lebih Minimalis dan Elegan, Dimensi Turut Berubah

KEMASAN SPORTY, TERKINI

2017-kia-rio-pulse-9
2017-kia-rio-pulse-10

Di dalam, Kia Rio Pulse dikemaskan dengan upholsteri kulit faux hitam dan merah, roda stereng dan penganjak gear kulit, trim pintu, dan pedal keluli tahan karat. Kereta ini turut dibekalkan sistem hiburan dengan skrin sentuh warna 5-inci, radio siaran audio digital (DAB), pemesejan sistem data radio (RDS), kamera undur, penstriman muzik Bluetooth, palam mengecas USB depan dan belakang, paparan kluster 3.5-inci, dan sensor parkir belakang.

Ciri-ciri keselamatan aktif lain, termasuklah Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Stabiliti Garis Lurus (SLS), Kawalan Brek Belok (CBC), dan Bantuan Mula Daki (HSA).

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian

Prestasi Hatchback edisi istimewa ini dijana daripada enjin 4-silinder 1.25L petrol berkuasa 82hp dan tork 121Nm, serta dipadukan transmisi manual 5-kelajuan.

GALERI

2017-kia-rio-pulse-5
2017-kia-rio-pulse-1
2017-kia-rio-pulse-2
2017-kia-rio-pulse-3
2017-kia-rio-pulse-4
2017-kia-rio-pulse-6
2017-kia-rio-pulse-7
2017-kia-rio-pulse-8
2017-kia-rio-pulse-i
2017-kia-rio-pulse-ii
2017-kia-rio-pulse-iii
2017-kia-rio-pulse-iv
2017-kia-rio-pulse-v
2017-kia-rio-pulse-vi
2017-kia-rio-pulse-vii
2017-kia-rio-pulse-viii

SUMBER: Car Scoops

Related

210
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Rio, Kia Rio Pulse Edisi Terhad, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev