• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #NYIAS2017: Kia Rio (2018) Lebih Minimalis dan Elegan, Dimensi Turut Berubah

#NYIAS2017: Kia Rio (2018) Lebih Minimalis dan Elegan, Dimensi Turut Berubah

April 17, 2017 By Azhan O 1 Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT Kia Rio (2018) di Pameran Auto New York (NYAS) 2017 bukan saja menjadi tumpuan peminat automotif Amerika Syarikat (AS), tetapi Malaysia juga tidak terkecuali memandangkan hatchback dan sedan segmen-B jenama Korea itu memang sudah sedia ada dalam pasaran tempatan.

Generasi ke-4 Rio ini mendapat sentuhan rekaan semula yang lebih segar. Tempias Optima dilihat melekat kuat pada rekaan terbaru kali ini yang membuatkan penampilan kali ini lebih minimalis, tetapi elegan. Walaupun masih mengekal ciri kompak, tetapi saiz varian sedan kali ini lebih panjang berbanding model terdahulu. Ini bermakna ada lebih ruang kaki dan but.

LEBIH PANJANG, RENDAH DAN LEBAR

2018-Kia-Rio-Sedan-1
kia-rio-2018 (11)

Model sedan dipanjangkan daripada 172 inci kepada 172.6 inci, manakala versi hatchback daripada 159.4 inci kepada 160 inci. Kedua-dua model juga datang dengan penambahan jarak roda (wheelbase) sebanyak 101.6 inci daripada 101.2 inci, dan juga lebih rendah dan lebar. Di pasaran AS, Kia Rio (2018)  ditawarkan dalam 3 varian - LX, S dan EX dengan kapasiti enjin sama - 1.6L.

Sama seperti Optima, ruang dalaman Rio mengalami penambahbaikan dari segi tata letak, kemasan dan material. Rio (2018) menampilkan sistem infotainment skrin sentuh dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

BACA >>> #PanduUji: 6 Sebab Kenapa Kia Rio Sedan Perlu Lebih Perhatian

Prestasi Rio (2018) dijana enjin 1.6L berkuasa 130hp dan tork 161Nm dengan pemanduan lebih responsif, kelajuan rendah dinamik dan penggunaan bahan api cekap, di mana pemandu diberikan opsyen transmisi manual atau automatik 6-kelajuan.

Antara ciri keselamatan dibekalkan ialah 6 beg udara, rasuk pintu impak-sisi, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Bantuan Mula-Daki (HAC) dan Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM).

Kia Rio (2018) dijadualkan berada di pasaran massa tahun ini, dan Malaysia dijangka bakal membawa masuk model ini sama ada pada penghujung tahun nanti atau awal tahun depan.

GALERI

2018-Kia-Rio-Sedan-4
kia-rio-2018 (7)
kia-rio-2018 (10)
2018-Kia-Rio-Sedan-3
kia-rio-2018 (8)
kia-rio-2018 (5)
kia-rio-2018 (6)
2018-Kia-Rio-Sedan-7
2018-Kia-Rio-Sedan-1
kia-rio-2018 (2)
kia-rio-2018 (1)
2018-Kia-Rio-Sedan-2
kia-rio-2018 (11)
2018-Kia-Rio-Sedan-6
kia-rio-2018 (3)
2018-Kia-Rio-Sedan-8
kia-rio-2018 (9)
2018-Kia-Rio-Sedan-5
kia-rio-2018 (4)

SUMBER: AutoBlog | AutoGuide

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kia, Kia Rio, Kia Rio (2018), Naza Kia Malaysia, New York Auto Show, NYAS 2017, Pamera Auto New York (NYAS) 2017, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev