• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025 Tema 'Gaya. Wawasan. Malaysia.'

GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025 Tema 'Gaya. Wawasan. Malaysia.'

August 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

GWM Malaysia lancar kempen Merdeka 2025

SEMPENA sambutan Hari Kebangsaan ke-68, GWM Malaysia memperkenalkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema 'Gaya Wawasan Malaysia' yang berlangsung sepanjang 16 Ogos hingga 28 September 2025.

Kempen itu diraikan melalui siri aktiviti menarik di bilik pameran, promosi eksklusif dan jelajah seluruh negara yang mengangkat semangat kemerdekaan penuh gaya dan inovasi.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) GWM Malaysia, Roslan Abdullah berkata;

Merdeka adalah masa untuk kita menilai sejauh mana pencapaian negara dan melangkah ke depan dengan keyakinan.

"Di GWM, mobiliti bukan sekadar pengangkutan, tetapi simbol memperkasa rakyat, menghubungkan komuniti dan memacu kemajuan. 'Gaya Wawasan Malaysia' melambangkan komitmen kami untuk menawarkan produk serta pengalaman yang membanggakan rakyat Malaysia."

'Merdeka Book & Win'

GWM Merdeka Book And Win
GWM Merdeka Book And Win
GWM Merdeka Book And Win

Sepanjang tujuh hujung minggu kempen, pelanggan yang menempah kenderaan GWM di bilik pameran sah berpeluang menyertai peraduan 'Merdeka Book & Win'.

  • Cabutan segera di lokasi
  • Cabutan Bertuah Utama bernilai keseluruhan hingga RM120,000

Antara hadiah utama menanti ialah:

  • iPhone 16 Pro (128GB)
  • Nintendo Switch 2
  • DJI Osmo Pocket 3
  • Philips Air Purifier
  • Xiaomi X20+ Robot Vacuum
  • Samsung Galaxy A56
  • Marshall Acton III
  • Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones
  • Galaxy Watch 7
  • Dyson Cool Fan

Promosi Eksklusif Ogos

GWM Merdeka Book And Win

Sempena bulan kemerdekaan, GWM Malaysia turut menawarkan tawaran istimewa, pakej nilai tambah dan penjimatan masa terhad untuk semua model GWM yang menjadikan pemilikan kenderaan jenama itu lebih berbaloi berbanding sebelum ini.

Siri Jelajah 'GWM Goes on Tour'


Bagi mendekatkan jenama kepada rakyat Malaysia, GWM Goes on Tour akan singgah ke beberapa lokasi utama dengan tawaran pandu uji, aktiviti interaktif dan promosi eksklusif.

Zon Tengah

  • Mid Valley Kuala Lumpur: 10-14 September
  • GF Luxe, 1 Utama: 7 Oktober-6 November

Zon Utara

  • Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Oktober - 2 November
  • Ipoh Parade: 6-9 November

Zon Selatan

  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 27-31 Ogos

GWM Perluas Rangkaian dengan Bilik Pameran Baharu di Klang

Dalam usaha memperkukuh kehadiran di Malaysia, bilik pameran baharu GWM Klang dibuka di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18.

  • Luas keseluruhan: 3,900 kaki persegi
  • Ruang menunggu pelanggan: 1,140 kaki persegi
  • 3 ruang servis dengan kapasiti hingga 200 kenderaan sebulan

Waktu operasi:

  • Jualan: 9 pagi - 6 petang (setiap hari)
  • Servis: 8 pagi - 5.30 petang (tutup Ahad dan Cuti Umum)

Bilik pameran itu direka untuk memberi pengalaman runcit premium bersama sokongan selepas jualan cekap dan boleh dipercayai. Layari www.gwm.com.my atau kunjungi bilik pameran GWM berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Merdeka 2025 - Gaya Wawasan Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GWM Malaysia, Hari Kebangsaan ke-68, Kempen Merdeka 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my