• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lamborghini Catat Untung Separuh Pertama 2025 Kukuh, Rekod Tertinggi!

Lamborghini Catat Untung Separuh Pertama 2025 Kukuh, Rekod Tertinggi!

July 30, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Jualan Lamborghini Automobili separuh pertama 2025 (1H25)

AUTOMOBILI Lamborghini mengakhiri separuh pertama 2025 (1H25) dengan prestasi kewangan mantap, sekali gus mempamerkan daya tahan syarikat itu dalam persekitaran geopolitik dan ekonomi yang kompleks.

Perolehan syarikat mencecah €1.62 bilion (RM7.93 bilion), sejajar tempoh sama tahun lalu. Sementara itu, keuntungan operasi mencapai €431 juta (RM2.11 bilion), sedikit menurun, terutama disebabkan trend kadar pertukaran tidak menguntungkan pada suku terakhir.

Barisan model Lamborghini Automobili

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Automobili Lamborghini turut mencapai pencapaian baharu menerusi penghantaran 5,681 unit kenderaan.

Ini rekod tertinggi pernah dicatatkan untuk separuh pertama, menandakan peningkatan 2 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.

Strategi Hibrid Membuahkan Hasil

CEO Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata, keputusan dari enam bulan pertama 2025 kukuh walaupun berdepan ketidakstabilan ekonomi dan politik global.

Beliau menegaskan keputusan menghibridkan semua barisan model adalah tepat yang mana kejayaan model Revuelto dan Urus SE membuktikan visi syarikat ini diterima baik pelanggan.

Kini, pengeluar itu menantikan pelancaran pasaran Temerario, dan akan melengkapkan barisan model hibrid sepenuhnya yang pertama dalam segmen.

Keuntungan pengeluar berpusat di Sant'Agata Bolognese itu kekal kukuh pada 26.6 peratus, sekali gus mengukuhkan laluan pertumbuhan mampan yang sudah dibina sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perolehan itu mencipta nilai untuk semua pihak berkepentingan, walaupun dalam fasa pembaharuan barisan produk menyeluruh.

Lamborghini - Pemain Utama Kenderaan Mewah

CFO Lamborghini Automobili, Paolo Poma.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Automobili Lamborghini, Paolo Poma berkata, dalam konteks makroekonomi dan geopolitik semasa, prestasi kewangan dan perniagaan separuh pertama 2025 menunjukkan daya tahan yang dibina Lamborghini selama bertahun-tahun.

Ini juga sekali lagi mengesahkan kedudukan jenama Lamborghini sebagai antara pemain utama dalam sektor kenderaan mewah. Berikut taburan penghantaran mengikut rantau:

  • EMEA (Eropah, Timur Tengah, dan Afrika) - 2,708 unit
  • Amerika - 1,732 unit
  • APAC (Asia Pasifik) - 1,241 unit

Barisan Model Hibrid Memacu Inovasi

Keputusan kewangan Lamborghini Automobili 1H205

Keputusan dicapai sepanjang 1H25 mengesahkan keberkesanan visi Automobili Lamborghini, yang digariskan dalam strategi elektrifikasi Direzione Cor Tauri.

Pengenalan barisan model hibrid sepenuhnya menandakan langkah penting dalam evolusi Lamborghini, dan diterima baik pasaran, yang mana sumbangan besar diterima daripada model:

  • Urus SE
  • Revuelto
Lamborghini Urus SE

Kenderaan Elektrik Prestasi Tinggi (HPEV) pertama Lamborghini, Revuelto (foto atas kanan) menonjol dengan arkitektur teknikal revolusioner, rekabentuk canggih, aerodinamik kecekapan maksimum dan konsep casis gentian karbon baharu.

Output kuasa 1,015hp dihasilkan daripada gabungan enjin V12, tiga motor elektrik, dan transmisi dual-klac (DCT), yang juga pertama untuk Lamborghini dengan 12-silinder.

SUV Super versi hibrid plug-in (PHEV), Lamborghini Urus SE dilengkapi trenkuasa hibrid 800hp, manakala penghantaran pertama Lamborghini Temerario dijangka awal tahun depan dan model tersebut menandakan satu lagi langkah ke depan dalam evolusi Lamborghini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automobili Lamborghini, CEO Automobili Lamborghini Stephan Winkelmann, Jualan Lamborghini 1H25, Lamborghini, Roda4, Super SUV, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev