Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Tempahan Lamborghini Temerario Rasmi Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM1.35j
Roda4

Tempahan Lamborghini Temerario Rasmi Dibuka untuk Pasaran Malaysia, Harga RM1.35j

SyafieBy Syafie16/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pelancaran Lamborghini Temerario di Malaysia
LAMBORGHINI Temerario akhirnya debut secara rasmi di Malaysia, sekali gus memeperkenalkan era baharu supercar hibrid prestasi tinggi dari Sant’Agata Bolognese.

Model itu menjadi pelengkap kepada barisan model hibrid Lamborghini, selepas pelancaran Revuelto pada 2023 dan Urus SE yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid plug-in (PHEV) pertama jenama itu.

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario

Dengan gabungan enjin V8 biturbo baharu dan tiga motor elektrik, Lamborghini Temerario tampil sebagai model kenderaan elektrik prestasi tinggi (HPEV) yang bukan saja berkuasa, tetapi masih mengekalkan DNA rekabentuk dan emosi pemanduan Lamborghini tulen.

Spesifikasi Utama Lamborghini Temerario

  • Enjin 4.0L V8 biturbo dan tiga motor elektrik
  • Output kuasa gabungan 920CV (~907hp)
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 2.7 saat
  • Kelajuan maksimum 343kmj
  • Rev maksimum 10,000rpm
  • Harga jualan Malaysia (așas) RM1.35 juta (tidak termasuk cukai dan opsyen)

Trenkuasa V8 Hibrid Serba Baharu

Hasil pembangunan selama lima tahun, enjin kod L411 itu dibangunkan sepenuhnya sejak awal dan bukan sekadar naik taraf enjin sedia ada dengan menghasilkan output kuasa 800CV (~788hp) antara 9,000-9,750rpm yang digandingkan tiga motor elektrik.

Secara spesifik, satu motor elektrik terletak antara enjin dan transmisi (P1), manakala dua lagi di gandar depan untuk pacuan semua roda (AWD).

Motor elektrik turut berfungsi sebagai pengisi jurang tork (torque gap filler) yang memberikan gear lancar dan respons seakan enjin aspirasi natural (NA) prestasi tinggi.

Rekabentuk Luaran dan Dalaman, DNA Lamborghini Masa Depan

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario

Lamborghini Temerario membawa rekabentuk  serba baharu yang masih mengekalkan elemen ikonik Lamborghini seperti lampu siang (DRL) heksagon, garis tajam dan muncung jerung (shark nose) yang agresif. Aerodinamik turut diberi penekanan dengan penambahan saluran udara pintar dan difuser belakang baharu.

Bahagian kabin diilhamkan daripada kokpit pesawat dengan elemen gentian karbon dan material khas mikrofiber Corsatex.

Panel kawalan direka mengikut prinsip kokpit pesawat (Feel Like a Pilot) dengan kedudukan ergonomik, butang ala jet pejuang, dan unit infotainment digital 12.3 inci interaktif.

Lebih Praktikal, Lebih Ruang

Lamborghini Temerario

Berbanding Huracan, Lamborghini Temerario menawarkan ekstra ruang kepala 34mm, ekstra ruang kaki 46mm, dan boleh memuatkan pemandu dengan ketinggian 200sm berserta helmet.

Ruang simpanan bawah bonet juga lebih besar dan boleh memuatkan bagasi 112 liter, serta ada ruang tambahan belakang kerusi.

Aerodinamik Maksimum, Terbaik dalam Kelas

Lamborgini Temerario
Lamborghini Temerario

Setiap elemen Lamborghini Temerario dibina untuk prestasi seperti spoiler belakang aktif. Versi standard menghasilkan 103 peratus lebih daya mendap (downforce) berbanding Huracan EVO.

Tambahan pakej Alleggerita Pack mampu meningkatkan beban aero hingga 158 peratus, dan mengurangkan berat hingga 25kg.

Ada 13 Mod Pandu

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario

Lamborghini Temerario dilengkapi 13 mod pandu seperti:

  • Citta, Strada, Sport, Corsa, dan Corsa Plus
  • Mod eksklusif untuk sistem hibrid: Recharge, Hybrid, dan Performance
  • Kawalan Luncur

Mod dipilih menerusi radar atas stereng dan dipaparkan secara interaktif pada kluster instrumen pemandu.

Tayar Potensi Eksklusif daripada Bridgestone

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario

Bridgestone membangunkan set tayar khas dari siri Potenza Sport dan Race untuk Lamborghini Temerario yang menyokong prestasi maksimum atas jalan raya atau litar sepanjang tahun.

Lamborghini Ad Personam: 400 Warna, Rim Karbon, dan Allegerita Pack

Lamborghini Temerario ditawarkan dalam dua warna baharu: Blu Marinus (biru) dan Verde Mercurius, tetapi pelanggan boleh memilih lebih 400 warna badan, termasuk pelbagai pilihan trim, rim dan aksesori karbon menerusi program Ad Personam.

Kepada pelanggan yang lebih gemarkan prestasi litar, pakej Alleggerita akan mengurangkan berat dan menaikkan prestasi aerodinamik secara signifikan.

Tempahan Kini Dibuka di Malaysia

Lamborghini Temerario kini boleh ditempah di Lamborghini Kuala Lumpur pada harga bermula sekitar RM1.35 juta (sebelum cukai, duti dan personalisasi).

Supercar hibrid itu bukan saja simbol kuasa dan teknologi Itali moden, tetapi lambang keberanian Lamborghini untuk terus memimpin dunia elektrifikasi ekstrem.

Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborgini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborgini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Lamborghini Temerario
Auto Terkini High Performance Electrified Vehicle (HPEV) Lamborghini Lamborghini Temerario Supercar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

    06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    07/05/2026
    Roda4

    Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

    06/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    06/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.