• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isuzu D-Max Catat Prestasi Jualan Kukuh, Penggal Kedua 2025 Dijangka Terus Meningkat

Isuzu D-Max Catat Prestasi Jualan Kukuh, Penggal Kedua 2025 Dijangka Terus Meningkat

July 29, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) dan COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.
DENGAN kelebihan utama dalam aspek kecekapan bahan api menerusi barisan trak pikap, Isuzu Malaysia mengukuhkan kedudukan sebagai pemain kedua terbesar dalam pasaran trak pikap tempatan.

Ini dibuktikan dengan prestasi jualan memberangsangkan suku kedua 2025 bagi model Isuzu D-Max.

Prestasi Jualan Suku Kedua 2025

Isuzu D-Max X-Terrain

Jumlah jualan suku tahunan dicatatkan membawa kepada perkongsian pasaran 16 peratus, dengan 3,081 unit Isuzu D-Max terjual setakat ini.

Kejayaan itu disumbangkan permintaan kukuh terhadap varian enjin 1.9L, yang terkenal dengan kecekapan bahan api, prestasi memukau dan keselesaan serta kesesuaian dalam pelbagai kondisi pemanduan.

Model itu sahaja menyumbang lebih 85.8 peratus daripada jualan keseluruhan D-Max.

Varian Paling Popular

Antara varian paling mendapat sambutan ialah 1.9L 4x4 Auto Premium, yang menawarkan padanan terbaik dari segi kelengkapan, keselesaan dan keselamatan.

Selain itu, varian tersebut juga diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai trak pikap dengan pencapaian perjalanan paling jauh menggunakan setangki diesel penuh. Varian tersebut menyumbang 18.6 peratus kepada keseluruhan jualan D-Max.

Pandangan Pihak Pengurusan

CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) dan COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo
CEO Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (kiri) di samping COO Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi (foto atas kiri) berkata;

Keputusan dicapai tahun ini mengukuhkan corak yang kami perhatikan sejak tahun lalu.

"Ramai pengguna, termasuk pemilik kereta penumpang, mula beralih kepada trak pikap seperti D-Max kerana pelbagai kelebihan dari segi pemilikan dan pengalaman pemanduan. Kami yakin prestasi ini akan berterusan pada separuh kedua tahun ini.”

Barisan Model Luas, Menarik

Isuzu D-Max X-Terrain
Isuzu D-Max X-Terrain

Isuzu kini menawarkan sembilan varian D-Max di pasaran Malaysia, bermula model asas 1.9-L Low Ride 4x2 untuk tugas berat, hingga varian perdana X-Terrain yang memenangi pelbagai anugerah. Kepelbagaian itu membolehkan pengguna memilih model paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan mereka.

Fokus Penggal Kedua 2025

Ketua Pegawai Operasi (COO) Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo menjelaskan fokus syarikat separuh kedua tahun ini adalah mendekati lebih ramai pelanggan di luar kawasan pengedaran tradisional.

Kami mahu memberikan pengalaman menyeluruh kepada pelanggan dan menyerlahkan kelebihan sebenar barisan produk kami," katanya.

Maklumat lanjut mengenai barisan Isuzu D-Max atau lokasi bilik pameran Isuzu berhampiran boleh layari pickuptruck.isuzu.net.my atau ikuti laman rasmi Facebook di ISUZU.DMax.Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Trak dan Lori Tagged With: Auto Terkini, CEO Isuzu Malaysia Tomoyuki Yamaguchi, COO Isuzu Malaysia Kenichi Kudo, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max (2024), Isuzu D-Max X-Terrain, Isuzu Malaysia, Roda4, Trak pikap, Trak Pikap 4x4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev