• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Peruntuk RM3.5j untuk Tambah 10,000 Kuota MyLesen B2!

MOT Peruntuk RM3.5j untuk Tambah 10,000 Kuota MyLesen B2!

July 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kementerian menambah 10,000 kuota untuk MyLesen B2 seluruh negara.
KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan penambahan 10,000 kuota baharu bagi program MyLesen B2 di seluruh negara.

Ini langkah yang dijangka memberi impak besar kepada golongan belia dan keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahan ini melibatkan peruntukan RM3.5 juta dan bakal memberi lebih banyak peluang kepada individu, terutama belia untuk memiliki lesen memandu motosikal (kelas B2) secara sah.

Setakat ini, 15,000 kuota diperuntukkan untuk 2025, dan 14,581 peserta berjaya menyertainya. Untuk separuh kedua tahun ini, kita tambah lagi 10,000 kuota baharu.”

Lesen Sah, Kurang Kemalangan

Penambahan itu bukan sekadar memberikan lesen percuma, tetapi langkah strategik untuk mengurangkan penunggang motosikal tanpa lesen yang sering menjadi penyumbang utama statistik kemalangan jalan raya, terutama di kawasan luar bandar.

Dengan lesen sah, mereka lebih sedar tentang aspek keselamatan, peraturan lalu lintas, dan tahu tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya."

Lesen Ditarik Balik Jika Terlibat Aktiviti Haram

Dalam pada itu, Loke juga menyokong tindakan menarik balik lesen peserta MyLesen yang didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram atau aktiviti berbahaya di jalan raya.

Jika sudah diberi peluang, tetapi disalah guna untuk aktiviti tak bertanggungjawab, tindakan tegas seperti batalkan lesen perlu diambil."

Sekolah Diminta Pantau Pelajar Bawa Motosikal

Beliau turut menggesa pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya bekerjasama memastikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah mempunyai lesen sah.

Kita faham keperluan pelajar luar bandar. Tapi mereka juga perlu patuh peraturan dan ambil lesen sah. Pihak sekolah boleh bantu pantau perkara ini."

Kuota Negeri Sembilan: 1,000 Tempat Dikhaskan

Bagi Negeri Sembilan sahaja, sebanyak 1,000 kuota MyLesen B2 diperuntukkan. Inisiatif itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk luar bandar, pelajar lepasan sekolah dan mereka yang memerlukan lesen sah bagi urusan pekerjaan atau pendidikan.

Program MyLesen B2, Apa Anda Dapat?

  • Latihan dan kelas teori percuma
  • Kos ujian ditanggung sepenuhnya
  • Lesen memandu kelas B2 sah untuk motosikal hingga 250cc
  • Latihan praktikal di institut memandu bertauliah
  • Program dibiayai sepenuhnya Kerajaan (MOT)

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan, mylesen b2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my