• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Kuasai Pegangan Pasaran Tempatan 20.7 Peratus!

Proton Kuasai Pegangan Pasaran Tempatan 20.7 Peratus!

July 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

10
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton X50 2026 serba baharu buka tempahan
WALAUPUN pasaran automotif negara mencatat penyusutan pada Jun 2025, Proton meningkatkan penguasaan pasaran kepada 20.7 peratus, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai pemain utama dalam industri automotif tempatan.

Jumlah itu juga melepasi paras penguasaan tahun ke tarikh (YTD) syarikat sebanyak 19.5 peratus, yang membuktikan jenama nasional tersebut terus mara ke depan walaupun berdepan pasaran mencabar.

Pasaran Merosot, Proton Tetap Konsisten

Jun juga mencatat jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 53,500 unit, susut 21 peratus berbanding Mei 2025. Namun, Proton menjual 11,069 unit kenderaan, sedikit meningkat berbanding bulan sama tahun lalu (2024).

Jumlah jualan Januari hingga Jun 2025 kini mencecah 72,156 unit, menjadikan Proton pengeluar kedua tertinggi dari segi jumlah jualan dalam negara.

Proton X50 Kekal Dominasi, X90 dan S70 Kukuh dalam Segmen Masing-Masing

Proton X50 facelift

Model popular Proton X50 terus mendahului kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B dengan 1,657 unit terjual sepanjang Jun 2025, termasuk 353 unit eksport yang menyumbang 47 peratus kepada jumlah eksport bulanan Proton.

Jualan Proton X50:

  • 11,361 unit terjual sepanjang separuh pertama 2025 (+11.3 peratus)
  • Lebih 140,000 unit terjual sejak dilancar pada Oktober 2020

Proton juga mengesahkan Proton X50 2026 serba baharu bakal dilancarkan bulan ini dengan menampilkan:

  • Rekabentuk luar dan dalaman baharu
  • Enjin 4-silinder 1.5L i-GT
  • Sistem bantuan pemandu termasju (ADAS) Tahap 2.0
  • Tempahan dibuka sejak 5 Julai 2025

Model Proton yang turut menunjukkan prestasi memberansangkan:

  • ProtonX90: 174 unit (SUV segmen-D nombor 1)
  • Proton S70: 1,402 unit (Sedan segmen-C nombor 1)

Model Lain: Saga Terus Laku, X70 Paling Banyak Lonjak

Proton Saga 2022
Proton X70 2025 facelift
  • Proton Saga: 5,206 unit (Jun)
  • Proton Persona: 1,171 unit
  • Proton Iriz: 288 unit
  • Proton X70: 533 unit (+46.3%)
    • Jumlah separuh pertama: 4,354 unit
    • Kesan positif daripada peningkatan spesifikasi model 2025

Eksport Meningkat 39.9 Peratus, e.MAS 7 Jadi Raja EV

Proton eksport ke Mesir

Walaupun pasaran tempatan mencabar, Proton mencatat eksport 414 unit pada Jun 2025, naik 56.8 peratus berbanding tahun lalu, menjadikan jumlah eksport setengah tahun kepada 2,250 unit.

Model Proton e.MAS 7 pula mencatat pencapaian luar biasa:

  • 4,253 unit e.MAS 7 terjual (domestik + eksport)
  • Pegang 24 peratus pasaran EV Malaysia
  • Proton bakal meluaskan penawaran EV dengan lebih banyak model dalam siri e.MAS

Kami jangka jualan eksport dan EV akan terus melonjak apabila lebih banyak pasaran dibuka dan infrastruktur diperluas." - Zhang Qiang, CEO Proton Edar

Faktor Luaran Cabar Pasaran, Tapi Proton Tetap Fokus

Penurunan TIV Jun dikaitkan dengan isu seperti:

  • Ketegangan geopolitik Asia Barat
  • Perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
  • Kebinbangan pengguna terhadap kos sara hidup

Namun, Proton optimis meraih peningkatan dalam separuh kedua 2025 berikutan:

  • Pelancaran model baharu
  • Agenda penuh acara dan promosi
  • Penawaran lebih menyeluruh dalam barisanenjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Proton Terus 'Tekan Minyak' di Landasan Tepat

Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black

Walaupun pasaran mencabar, Proton bukan saja berjaya meningkatkan penguasaan pasaran, tetapi kekal konsisten dalam jualan dan berjaya mengukuhkan eksport dan pasaran EV.

Dengan Proton X50 2026 serba baharu dalam radar dan perluasan siri e.MAS, Proton tampak lebih bersedia mencabar dominasi jenama asing dalam tempoh enam bulan akan datang.

SUMBER: BeritaHarian

Related

10
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), Proton, Proton X50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev