• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Dominasi Anugerah SEAward 2024 Mercedes-Benz!

Malaysia Dominasi Anugerah SEAward 2024 Mercedes-Benz!

July 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) - Amanda Zhang
MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sekali lagi meraikan komitmen dan dedikasi luar biasa barisan kakitangan selepas jualan di Asia Pasifik menerusi majlis Service Exellence Award (SEAward) 2024 yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam.

Acara berprestij itu menghimpunkan lebih 600 delegasi secara fizikal dan maya dari pasaran South East Asia II (SEA II) seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, Laos, Myanmar, French Polynesia dan New Caledonia.

Komitmen Kepuasan Pelanggan Jadi Teras

CEO Mernedes-Benz Malaysia (MBM), Amanda Zhang

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden MBM merangkap Ketua Rantau SEA II, Amanda Zhang berkata;

Di Mercedes-Benz, pengalaman pelanggan mewah bermula dari setiap sentuhan. Pasukan selepas jualan kami ialah nadi utama kepada kejayaan ini, dan pengiktirafan seperti SEAward penting untuk menghargai usaha mereka."

Turut senada Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan MBM dan SEA II, Edmin Naidoo berkata;

SEAward bukan sekadar penghargaan, tetapi lambang pencapaian cemerlang dalam memberi pengalaman pemilikan terbaik kepada pelanggan Mercedes-Benz."

Anugerah Tertinggi: Malaysia Dominasi Liga Juara dan Super League

Acara malam itu menyaksikan pemenang terbaik dari seluruh rantau dalam empat kategori utama, iaitu Platinum Star Award, General Distributor Award, Super League dan Champion League.

Antara pencapaian membanggakan wakil Malaysia ialah:

Champion League

  • Juara: Hap Seng Star Kinrara (Malaysia)
  • Naib Juara Pertama: Hap Seng Star Melaka
  • Naib Juara Kedua: Hap Seng Star Bukit Tinggi

Super League

  • Juara: Hap Seng Star Kota Kinabalu
  • Naib Juara Pertama: Hap Seng Star Kuching
  • Naib Juara Kedua: Asbenz Stern Kuantan

Anugerah Platinum Star: Individu Cemerlang Diraikan

Pengiktirafan khas turut diberikan kepada individu yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam kategori:

Ketua Selepas Jualan

  • Goh Chuan Kiong (Asbenz Motors)
  • Woon Hon Ping (Cycle & Carriage Bintang)

Pengurus Pusat Servis

  • Andrew Lim (Cycle & Carriage Industries Pandan Loop)
  • Andrew Tan (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Bernard Anthony Ambrose (Cycle & Carriage Bintang Perak)
  • Kee Ah Lek (Minsoon Star)
  • Mohd Sharizam (Cycle & Carriage Bintang Batu Caves)
  • Nagasubbu (Asbenz Stern Kuantan)
  • Teng Seng Hin (Hap Seng Star Kota Kinabalu)

Penasihat Servis

  •  Joanne Kho (Cycle & Carriage Industries Pandan Loop)
  • Mohammad Ismith (Hap Seng Star Kinrara)
  • Muhammad Fairoz (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Ng Weng Soon (Cycle & Carriage Bintang Batu Caves)
  • Tee Yi Tong (Hap Seng Star Bukit Tinggi)
  • Thosreraj Krishan (Asbenz Stern Kuantan)
  • Tybalt Puah (Hap Seng Star Kinrara)

Anugerah General Distributor

Anugerah edaran umum terbaik diberikan kepada Diesel & Motor Engineering dari Sri Lanka, sebagai penghargaan atas prestasi konsisten dalam pasaran masing-masing.

Komitmen Berterusan Mercedes-Benz

Program anugerah itu menjadi bukti Mercedes-Benz sentiasa menitikberat pengalaman pelanggan selepas jualan yang unggul. Dengan lebih 2,000 kakitangan selepas jualan seluruh rantau, program itu bukan saja memupuk semangat kerja berpasukan, tetapi menjadi pemangkin kepada peningkatan standard perkhidmatan.

Kami akan terus memberikan sokongan kepada setiap rakan pengedar untuk memastikan pengalaman pemilikan Mercedes-Benz kekal premium di setiap peringkat," kata Amanda menutup majlis.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Mercedes-Benz Malaysia (MBM), SEAward 2024, Service Exellence Award (SEAward) 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my