• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pendaftaran Kini Dibuka untuk Volvo Padel Open 2025, Kejohanan Padel Terbesar di Malaysia!

Pendaftaran Kini Dibuka untuk Volvo Padel Open 2025, Kejohanan Padel Terbesar di Malaysia!

June 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


VOLVO Padel Open kembali untuk tahun ini dengan edisi yang lebih meriah dan mencabar. Kejohanan padel terbesar di Malaysia ini akan berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025 dan bakal menghimpunkan sehingga 320 peserta dari pelbagai latar belakang.

Acara ini akan dijalankan dengan kerjasama Joy Division Padel, Padelground dan Padelku, kejohanan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM180,000 termasuk wang tunai, barangan eksklusif, waktu sewaan gelanggang, dan pengalaman bersama kenderaan elektrik Volvo.

Berikut adalah maklumat penting tentang acara ini:

  • Pendaftaran dibuka: 3 Jun - 3 Julai 2025
  • Yuran Penyertaan: RM160 seorang / RM320 sepasukan
  • Diskaun: 50 peratus potongan untuk pemilik kenderaan Volvo
  • Penilaian tahap pemain: 21 Jun - 6 Julai 2025
  • Pusingan kelayakan Beginner: 19 Julai 2025
  • Pusingan kelayakan Intermediate & Advanced: 26 Julai 2025
  • Peringkat akhir semua kategori: 27 Julai 2025

Tiga kategori utama diperkenalkan iaitu Beginner, Intermediate, dan Advanced bagi memberi ruang kepada pelbagai tahap pemain.

Untuk kategori Beginner, sistem perlawanan 'americano' akan digunakan dalam pusingan kelayakan dengan peserta didaftarkan secara individu dan digilirkan pasangan dalam perlawanan. Seramai 16 lelaki dan 16 wanita terbaik akan mara ke separuh akhir dan bertanding dalam format berpasukan mengikut jantina.

Bagi kategori Intermediate dan Advanced pula membenarkan peserta mendaftar sebagai pasukan sejak awal dengan pilihan divisyen lelaki atau campuran. Format perlawanan akan merangkumi pusingan round-robin (set hingga lima permainan), diikuti peringkat kalah mati (set hingga tujuh permainan) sehingga ke perlawanan akhir.

Semua peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate wajib menjalani penilaian kemahiran oleh jurulatih bertauliah sebelum bertanding.

Peringkat akhir akan diadakan di Joy Division Padel (JOY2), Jalan Penchala, Petaling Jaya yang merupakan lokasi baharu dengan dua gelanggang bertaraf kejohanan. Para penonton dialu-alukan hadir, manakala peserta akan menerima hospitaliti eksklusif.

Kejohanan ini turut disokong oleh penaja rasmi seperti Tactical Padel, Glacéau Vitaminwater, dan Directors' ThinkTank. Pendaftaran boleh dibuat di padel.volvocarmalaysia.com.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Volvo Cars Malaysia (VCM), Volvo Padel Open 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my