• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Lantik Ainol Azmil Pemangku Timbalan CEO Baharu, Mula 10 Jun Ini

Proton Lantik Ainol Azmil Pemangku Timbalan CEO Baharu, Mula 10 Jun Ini

May 30, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil
PROTON
hari ini mengumumkan pelantikan Ainol Azmil sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (DCEO), berkuat kuasa 10 Jun 2025. Beliau akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong.

Pelantikan itu dibuat berikutan pemergian Roslan Abdullah, yang berkhidmat sebagai DCEO selama lima tahun bersama Proton. Dalam tempoh tersebut, beliau memainkan peranan penting dalam memantapkan jenama Proton di pasaran tempatan dan memacu kemasukan syarikat ke pasaran kenderaan elektrik (EV) menerusi pelancaran Proton e.MAS 7.

Ainol Azmil Kekal Terajui Strategi Korporat, Perolehan Teknikal

Walaupun dilantik ke jawatan baharu itu, Ainol Azmil akan kekal mengetuai portfolio sedia ada dalam bidang Strategi Korporat dan Perolehan Teknikal Kumpulan. Pelantikan beliau dilihat sebagai langkah kesinambungan dalam mengekalkan hala tuju strategik Proton, khususnya dalam usaha memperkukuh kedudukan syarikat dalam era mobiliti elektrik dan transformasi digital.

"Keyakinan Penuh Terhadap Kepimpinan Baharu" - Dr Li Chunrong

CEO Proton, Dr Li Chunrong, dalam kenyataan rasmi berkata;

"Proton mengalu-alukan pelantikan Ainol Azmil sebagai DCEO. Kami yakin dengan kebolehan dan pengalaman beliau untuk memegang jawatan ini buat sementara waktu. Pada masa sama, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Roslan Abdullah atas sumbangan dan mendoakan kejayaan dalam kerjaya beliau yang seterusnya.”

Pelantikan itu hadir ketika Proton sedang giat memperluas barisan produk EV dan memperkukuh kerjasama strategik dalam dan luar negara, termasuk segmen kenderaan utiliti sukan (SUV), hibrid, dan kenderaan pintar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ainol Azmil, Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Proton, Roslan Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my