• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Laksana Projek Rintis Biodiesel Sawit B20 di KLIA

Malaysia Laksana Projek Rintis Biodiesel Sawit B20 di KLIA

May 29, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA mengorak langkah mengaplikasikan tenaga boleh diperbaharui dengan melaksanakan projek rintis penggunaan biodesel sawit B20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Projek bermula sejak Februari 2025 itu melibatkan kenderaan dan peralatan perkhidmatan darat (GSE) di lapangan terbang tersebut dengan kerjasama empat syarikat utama seperti:

  • Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  • Petronas Dagangan Bhd
  • Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
  • Teras Kembang Sdn Bhd

Usaha ke Arah Emisi Karbon, Penerbangan Mampan

Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Menteri Perlandangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, projek itu langkah penting ke arah mencapai pelepasan emisi karbon yang menunjukkan kesungguhan negara membangunkan industri penerbangan mampan.

Beliau menegaskan, pelaksanaan itu adalah kali pertama biodiesel B20 digunakan dalam sektor GSE di lapangan terbang Malaysia. Setakat ini, lima syarikat pengendali GSE menyatakan komitmen terlibat dengan jangkaan penggunaan 40,000 liter B20 setiap bulan.

Langkah tersebut dijangka mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca 13 peratus, yang bersamaan 105 tan karbon dioksida setara (CO2e) setahun berbanding diesel biasa.

Biodiesel B30 Menjelang 2030

Di peringkat dasar, KPK menerusi Dasar Agrikomoditi Negara 2030 (DAKN 2030) mensasarkan penggunaan biodiesel sawit B30 dalam sektor pengangkutan menjelang 2030.

Sejak pelaksanaan Program Biodiesel Negara pada 2011, Malaysia memperkenalkan beberapa fasa pelaksanaan seperti B5, B7. B10, dan B20 dalam sektor pengangkutan dan industri.

Industri sawit, yang menyumbang kira-kira 3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan RM114 bilion eksport, memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga alternatif seiring sasaran karbon neutral ICAO menjelang 2050.

Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.
Projek rintis biodiesel B20 di KLIA pada 2025.

SUMBER: BeritaHarian | MPOB.gov.my

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Biodiesel B20, Biodiesel Sawit, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev