• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Red Bull Honda Masih Lagi Hambar di WorldSBK, Gagne Buat Debut di AS

Red Bull Honda Masih Lagi Hambar di WorldSBK, Gagne Buat Debut di AS

July 12, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

FacebookTwitter


PADA hujung minggu lalu berlangsung pusingan kelapan Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2017 di litar Laguna Seca, Amerika Syarikat (AS). Seperti dimaklumkan artikel terdahulu, pasukan Red Bull Honda World Superbike baru saja mendapatkan khidmat pelumba sementara yang juga berasal dari AS, iaitu Jake Gagne (45) bagi mengisi tempat ditinggalkan mendiang Nicky Hayden.

Selepas tamat Perlumbaan Pertama dan Kedua, prestasi pasukan tersebut masih lagi hambar. Bagi Pusingan Pertama yang berlangsung pada Sabtu, pelumba Jerman, Stefan Bradl (6) yang menunggang jentera Honda CBR 1000RR hanya mendapat tempat ke-11, manakala Gagne yang melakukan debut dalam WorldSBK hanya mendapat tempat ke-15.

BACA >>> Pelumba Pertama Sekat Dominasi Rossi, Nicky Hayden Maut Kemalangan Basikal

HAMBAR, TETAPI RAIH MATA

Perlumbaan Kedua yang berlangsung Ahad lalu pula sedikit baik. Bradl bermula di petak ke-17 dan melonjak ke tempat ke-10 pada pusingan ke-8. Dia kemudian bersaing dengan dua pelumba lain iaitu Alex Lowes dan Michael van der Mark bagi tempat ke-9, tetapi gagal. Sebaliknya menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.

Gagne pula menduduki tempat ke-14 sepanjang perlumbaan dengan berdepan masalah brek dan gagal mempertahankan kedudukan apabila dipintas pelumba Switzerland, Randy Krummenacher dengan jentera Kawasaki ZX-10R ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.

Jake Gagne (kiri) dan rakan sepasukan, Stefan Bradl.

BACA >>> Inilah Jake Gagne, Pengganti Mendiang Nicky Hayden dalam WorldSBK, Juga Dari Amerika!

Sama seperti Perlumbaan Pertama, Gagne mendapat tempat ke-15 dan memperoleh satu mata dalam debut WorldSBK.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung dalam lima minggu lagi. Kali ini di negara kelahiran Bradl, Jerman. Sebelum itu, beliau akan menyertai perlumbaan Suzuka 8 Hours 2017 yang turut disertai pelumba negara, Hafizh Syahrin.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Jake Gagne, Kejuaraan FIM Superbike Dunia 2017, Red Bull Honda World Superbike, Stefan Bradl, WorldSBK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my