JUALAN kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) di Indonesia menunjukkan trend penurunan untuk April 2025 berbanding bulan sebelumnya.
Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) menyatakan jumlah jualan kenderaan EV untuk bulan lalu ialah 7,690 unit, susut 12.96 peratus berbanding Mac (8,835 unit).
Trend penurunan itu berlaku pada ketika pasaran Indonesia menyaksikan persaingan sengit dan pelancaran banyak model baharu dari pengeluar-pengeluar automotif.
Pun begitu, ada satu jenama menunjukkan kebangkitan dalam segmen EV iaitu BYD Group yang muncul sebagai peneraju pasaran BEV dengan pegangan 56 peratus pasaran Indonesia.
Model BYD Sealion mencatat jualan tertinggi dengan 1,793 unit, diikuti BYD M6 sebanyak 1,257 unit. Model lain seperti BYD Seal, Atto 3 dan Dolphin juga mempamerkan prestasi baik.
Secara total, BYD berjaya menjual lebih 3,496 unit kenderaan pada April 2025. Jika diambil kira jenama Denza (subjenama BYD) yang menyumbang jualan 811 unit menerusi Denza D9, jumlah terkumpul keseluruhan kumpulan BYD ialah 4,307 unit.
SENARAI JUALAN BEV TERBAIK INDONESIA APRIL 2025
- BYD Sealion: 1,793 unit
- BYD M6: 1,257 unit
- Chery iCar 03 (J6): 910 unit
- Denza D9: 811 unit
- Wuling Air EV: 551 unit
- Geely EX5: 424 unit
- Aion Hyptec HT: 276 unit
- Wuling Binguo EV: 255 unit
- BYD Seal: 183 unit
- Wuling Cloud EV: 156 unit
- BYD Atto 3: 144 unit
- BYD Dolphin: 119 unit
- MG 4EV: 102 unit
- Aion Y Plus: 86 unit
- Chery Omoda E5: 66 unit
- Hyundai Ioniq 5: 50 unit
- Neta V-II: 42 unit
- Honda E.N1: 30 unit
- Mitsubishi L100 EV: 28 unit
- Hyundai Kona Electric: 27 unit
- Citroen E-C3: 26 unit
- Seres E1: 15 unit
- Neta X: 10 unit
- MG ZS EV: 8 unit
- BMW i5: 6 unit
- Mini EV: 5 unit
- Volvo EX30: 5 unit
- BMW iX1: 4 unit
- BMW i7: 3 unit
- DFSK Gelora E: 3 unit
- BMW i4: 2 unit
- BMW iX: 2 unit
- Mercedes-Benz EQE: 1 unit
- Mini Acemen EV: 1 unit
- Volvo C40: 1 unit
SUMBER: Kompas
Leave a Reply