SEJAK 2016 lalu, tular sekeping foto yang kononnya model moped Kawasaki 175cc yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Selepas melihat secara teliti, rupa-rupanya itu foto Kawasaki Z1000 (gambar bawah kiri) yang sudah disunting jadi kapcai menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Tetapi, apa salahnya berimaginasi. Jika benar kapcai Kawasaki ini jadi kenyataan suatu hari nanti, kami yakin kapcai ini 'laku keras'! Silap haribulan, boleh tapau Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Lagipun Kawasaki sekarang pun dah ada saham dalam Modenas. Dan Modenas pula memang ada projek kapcai sendiri. Malah, model Modenas yang dulu-dulu pun pernah dapat kerjasama pengeluar Jepun itu.
BACA >>> CEO Modenas: ZX-25R CKD Belum Muktamad, Supermoped Kena Tunggu 2-3 Tahun!
Lihat saja tubuh badan moped Kawasaki 175cc ini, memang cukup menggiurkan dan mampu memikat hati sesiapa saja yang melihatnya. Buat masa sekarang, silalah berangan. Maklumlah, berangan bukan kena bayar pun. Apapun, kami harap rekabentuk moped Kawasaki ini akan jadi kenyataan nanti. Manalah tahukan. 🤣
Kalau jadi, janganlah jual 'harga meninggal' pula. Cukuplah sekadar sekitar RM9,000 saja. Setuju?
BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya...
Awie says
Setuju..rendah lagi bagus
aman nizan says
bagus. brilliant. haa kawasaki! apa tunggu lagi, jalan la wei ..
Wak Yus says
Boleh bersaing dgn Binelli
John ng says
Below price 9k.
Nadmar says
sangat sangat setuju....kawa tetap di hati.
Aidil says
waw. jika betul, mmg mantapp ni..
zack says
mengarut ni..edit dr gmbar z1000..
Awanglokan says
Aku duk tnggu Modenas 400 tuhhh sbb sistem enjin trbaru tercanggih ler dri yamaha klu upanya mengancm psti bnyok kelemah
Junior says
Malaysia sudah kluar ka ni kawasaki 175?? Bleh bg update..
ABG GYL says
Ini hanya foto editing
Haikal says
Harap betul nak beli below 9k
Ustaz Rosli says
Nampak macam ada 3 pisten betol ke
barkhish says
cantik ,kemas da bergaya
Fayahd says
Kawasaki sudah keluar di malaysia?
tyga moto says
kalau moped 175 ni keluar . memang terbaik lahh . harap angan angan jadi kenyataan . peruntukan harga bawah 9k kene sgt dah tu . dezign cun harge pun sesedp cun jgak la
orang biasa says
kaya mx king disilangin sama H2
Dezzy says
Tp klau btol pon....kira bgus jgk laa...
Cntik dan smart apa ...
Hrga pon smart...
Kn..kn..kn..
aiman says
takkan laa 175cc RM9k, mesti la RM10k
Ahmad faizal saadan says
Tank kasi bsar 10 liter
iamjaa says
Xdapat winner.. dapat yg ni pon ok.. hehe
Kawa says
Launch je terus boking
sodin says
terbaikkk...pasti mantap.
i like kawasaki 175...