• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?

#Videotomotif: Benarkah Kereta Ada Beg Udara Lebih Selamat?

June 30, 2017 By Han Othman 2 Comments

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEG udara ialah ciptaan paling penting dalam teknologi keselamatan automotif. Anda mungkin pernah menyaksikan banyak video ujian perlanggaran membabitkan pelbagai jenama kereta. Tetapi pernahkah anda menyaksikan ujian perlanggaran membabitkan kereta yang ada beg udara dengan kereta tanpa beg udara?

Sebenarnya, masih ada banyak kenderaan atas jalan yang bergerak tanpa beg udara di seluruh dunia. Ini bukan merujuk kepada kenderaan klasik atau lama sahaja, tetapi turut termasuk kenderaan era baru (atau selepas era milenium). Lebih-lebih lagi untuk kereta bajet sama ada jenis kompak atau famili.

BACA >>> #RetroAuto: [SIRI 1/2] Kemalangan Jadi Ilham John W Hetrick Cipta Beg Udara Kereta

JADI STANDARD KESELAMATAN

accident car four
Ford Will Debut Inflatable Seat Belts
beg-udara-3
beg-udara-4

Di Amerika Syarikat (AS), syarat wajib beg udara bagi pemandu dan penumpang depan untuk setiap kenderaan cuma diwajibkan menjelang penghujung 1990-an selepas hampir tiga dekad teknologi keselamatan itu dihasilkan sekitar 1970-an.

Di Malaysia misalnya, ciri beg udara bagi kenderaan penumpang, kecuali kenderaan pacuan empat roda, dijadikan syarat mandatori kepada setiap pengeluar bermula 2012. Ini bermakna setiap kenderaan yang dikeluarkan pada 2012 dan ke atas dimestikan mempunyai sekurang-kurangnya beg udara pemandu dan penumpang depan sebelum dapat dijual di pasaran tempatan.

BACA >>> #RetroAuto: [SIRI 2/2] Sensor-Rempuh Allen K Breed Sempurnakan Beg Udara

Sebelum itu, ciri beg udara cuma ada pada kenderaan premium berharga mahal, tetapi kini kereta bajet semurah Proton Saga dan Perodua Axia pun sudah siap dipasang beg udara. Kita mungkin lebih sedekad terlambat berbanding AS dan negara-negara Eropah, tetapi antara terawal di Asean. Indonesia misalnya masih lagi tidak mewajibkan beg udara sebagai standard keselamatan kenderaan di sana.

Pengguna hari ini memang bertuah kerana pengeluar automobil masa kini saling berlumba untuk menghasilkan kereta paling selamat. Daripada beg udara pemandu dan penumpang depan, kereta hari ini mula dibekalkan dengan beg udara sisi, tirai dan lutut. Malah, sesetengah kereta dipasang beg udara pada tali pinggang keledar dan bonet hadapan untuk perlindungan pejalan kaki.

Sekarang mari kita saksikan video ujian perlanggaran membabitkan kereta moden dengan beg udara dan kereta tanpa beg udara. Apa kata anda?

* Durasi - 1 minit 30 saat

SUMBER: CarScoops

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, beg udara, ujian perlanggaran beg udara, video beg udara, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev