Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta
Autotainment

#RetroAuto: Kemalangan Rintis Ilham John W Hetrick untuk Cipta Beg Udara Kereta

Han OthmanBy Han Othman30/09/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SIAPA SANGKA kemalangan tengah hari Ahad ketika dalam perjalanan ke pinggir bandar Pennsylvania memberi ilham kepada John W Hetrick untuk menghasilkan salah satu teknologi keselamatan penting dalam dunia automotif, beg udara.

Hetrick yang juga juruteknik bersara dalam bidang kejuruteraan industri mendapat paten pada 1953 untuk ciptaan yang dipanggilnya ‘Pemasangan Kusyen Keselamatan untuk Kenderaan Automotif’. Rekaannya di bawah paten, US Patent No 2,649,311 ialah prototaip pertama untuk beg udara moden hari ini.

Lakaran rekabentuk beg udara yang dipatenkan John W Hetrick pada 1953.

Menurut butiran sejarah dalam laman web American Heritage mengenai hasil ciptaannya, Hetrick mencipta sistem beg udara bertujuan mengurangkan kecederaan ketika membrek kecemasan dan perlanggaran hadapan. Hetrick ketika mengimbas semula inspirasi ciptaannya berkata;

“Pada usia 52 tahun, isteri, anak perempuan saya berusia 7 tahun, Joan dan saya sendiri keluar memandu pada hari Ahad dengan Chrysler Windsor 1948.

“Kira-kira tiga batu (5km) dari luar Newport, kami lihat rusa melintas jalan. Tiba-tiba ada sebuah batu besar di laluan kami sebaik saja melepasi puncak sebuah bukit. Saya membrek dan membelok kereta ke kanan. Kami terbabas ke dalam parit, tetapi dapat mengelak melanggar sebatang pokok dan pagar kayu.

Inilah model kereta dipandu John W Hetrick dan keluarga, Chrysler Windsor (1948)

“Ketika menekan brek, saya dan isteri mendepangkan tangan untuk menghalang anak perempuan kami menghentam papan pemuka. Semasa pulang ke rumah, saya tidak dapat berhenti berfikir tentang kemalangan itu. Saya tanya kepada diri, kenapa tiada objek tertentu yang keluar untuk menghalang anda daripada menghentam dalaman kereta?”

Sebaik saja pulang, Hetrcik pantas melakar rekabentuk untuk ‘kusyen keselamatan’ kereta. Pada 5 Ogos 1952, beliau memfailkan satu penyataan dan terpaksa menunggu lebih setahun untuk mendapatkan paten sah yang menelan kos kira-kira AS$250 (RM1,049).

autotainment beg udara John W Hetrick RetroAuto Roda4 sejarah automobil sejarah beg udara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Audi Q5 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM352,990

06/05/2026
Roda4

Subaru Crosstrek 2026 Lancar di Malaysia – SUV Subkompak CBU dari Jepun, Harga RM190k

06/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

06/05/2026
Roda4

BMW, BMW Motorrad Afrika Selatan Bekerjasama Perkenal Tiga Model Edisi Terhad

05/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

By Syafie06/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.