SIME Darby Auto Performance (SDAP) memperkenalkan dua varian kereta sport jenama Porsche versi dipertingkat (facelift) ke pasaran tempatan iaitu 911 Carrera dan Carrera 4 GTS sempena meraikan ulang tahun ke-15 Porsche Malaysia.
Namun, hanya varian 911 Carrera dibawa ke majlis pelancaran di The Exchange TRX Mall, Kuala Lumpur petang tadi. Walaupun tiada kelibat 911 Carrera 4 GTS, tempahan dua varian itu sudah dibuka pada harga berikut:
HARGA
- 911 Carrera - RM1,430,000
- 911 Carrera 4 GTS - RM1,890,000
PERINCIAN
911 Carrera
- Masih menggunakan enjin boxer asal 3.0L turbo kembar.
- Dilengkapi intercooler yang diambil daripada model Turbo.
- Pengecas turbo digunakan sama seperti model GTS sebelum ini dengan output 389hp dan tork 450Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 4.1 saat dan jika mengambil pakej Sport Chrono, masa pecutan lebih pantas, 3.9 saat! Naik taraf dibuat mengurangkan masa pecutan 0.1 saat dan tambahan 1kmj berbanding model terdahulu.
- Kelajuan maksimum 294kmj dalam pacuan road belakang (RWD).
- Ada tujuh pilihan rekaan rim daripada saiz 19 dan 20 inci, atau 20 dan 21 inci.
- Juga ada pilihan rim dengan bilah karbon untuk mengurangkan efek seretan angin dan meningkatkan kecekapan.
- Buat julung kali Porsche mengintegrasi semua fungsi lampu ke dalam lampu utama LED matriks.
- Strip lampu belakang direka semula.
- Lencana teks Porsche kini terpampang di belakang.
- Gril belakang direka semula dengan lima jalur di kiri dan kanan yang bersambung dengan cermin belakang.
- Nombor plat diposisikan lebih tinggi.
- Spoiler bawah bampar depan baharu.
- Ada opsyen ekzos sport.
- Kabin menerima beberapa perubahan seperti susunan butang kawalan dikemas kini, termasuk stereng, suis mod pandu, dan tuil bantuan pemanduan serta ada butang penghidup enjin.
- Konsol tengah tersedia penyejuk untuk telefon pintar dan pengecas wayarles.
- Kluster instrumen digital penuh 12.6 inci jenis melengkung.
911 Carrera 4 GTS
- Enjin boxer hibrid (T-Hybrid) 3.6L dengan gerek 97mm dan lejang 81mm yang membantu meningkatkan kapasiti kepada 0.6L berbanding model sebelum.
- Motor elektrik ditambah antara kompresor dan turbin roda untuk meningkatkan kelajuan pengecas turbo dengan motor berfungsi sebagai generator.
- Hanya seunit turbo dipasang (model sebelum ini dwi-turbo) tanpa wastegate (pintu sisa).
- Trenkuasa terdiri daripada seunit motor elektrik magnet kekal segerak yang disepadu ke dalam transmisi dual-klac PDK 8-kelajuan.
- Motor elektrik 40kW menawarkan tork 150Nm dan. Dwi-motor elektrik bersambung kepada pek bateri voltan tinggi 400V.
- Output kuasa enjin boxer 479hp dan tork 570Nm, manakala bantuan dwi-motor elektrik menjadikan kuasa terkumpul dipertingkat kepada 534hp dan tork 610Nm.
- Berat bertambah 50kg.
- Kuasa elektrik dihasilkan 11kW menggunakan gas ekzos.
- Mendapat sistem ekzos sport khas GTS.
- Sistem suspensi ditala semula dan sistem suspensi variabel sport mengurangkan ketinggian sebanyak 10mm.
- Stereng gandar belakang jadi ciri standard.
- Rim 20 inci dengan tayar 245/35 ZR 20 di depan, dan rim 21 inci dengan tayar 315/30 ZR 21 (belakang).
- Bampar depan ada bukaan untuk penyejukan aktif (kiri dan kanan). Bukaan dan tutupan bergantung sebanyak mana udara diperlukan.
Leave a Reply