BAKAL SUV pertama Proton, Geely Boyue sudahpun membuat kemunculan sulung di Malaysia pada Jumaat lalu. Tenyata, kehadiran Geely Boyue menerima reaksi luar biasa daripada rakyat Malaysia yang tidak sabar menantinya.
Tim PanduLaju yang pertama kali bertentang mata dengan Geely Boyue turut terpukau dek rekaan dan kualiti persembahan yang ditampilkan. Bukan saja luaran menarik, malahan ciri-ciri dalaman setaraf dengan kenderaan mewah.
Mana tidaknya, rekabentuk Geely Boyue dilakukan oleh bekas pereka Volvo, Peter Horbury. Maka tidak hairanlah Boyue memiliki DNA Volvo.
Bagi kami, pemilihan Geely Boyue oleh Proton boleh dianggap tepat kerana SUV itu adalah antara model terlaris Geely.
ENJIN TURBO
Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L Turbo dan 2.0L aspirasi natural (NA).
Enjin 1.8L Turbo mampu menghasilkan kuasa 181hp pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,500-5,500rpm), manakala enjin 2.0L NA pula berkuasa 139hp (6,000rpm) dan tork 178Nm (4,000 - 4,500rpm).
Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang spesifikasi enjin yang bakal diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kelak. Mungkinkah SUV itu dibawa masuk sebagai model penjenamaan semula (rebadge) atau sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya?
HARGA
Di China, Geely Boyue dijual pada harga bermula 110,000 yuan (RM69,554). Bagi pasaran Malaysia, Menteri MITI Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam satu kenyataan di China Press menyatakan Geely Boyue bakal dijual pada harga bawah RM100,000.
Kami menganggarkan kemungkinan Proton akan menjual Boyue pada harga sekitar RM80,000. Sama ada Proton akan membawa masuk Boyue sebagai model diimport sepenuhnya (CBU) atau pemasangan tempatan (CKD), ia masih lagi menjadi tanda tanya.
BACA >>> Geely Sah Jadi Rakan Strategik Proton - Lotus Kini Milik Geely
BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?
FOTO MANIPULASI GEELY BOYUE
Dalam pada itu, pakar manipulasi foto, Ajerul Antoine sudah melakar beberapa foto dengan menjadikan Geely Boyue sebagai model rebadge Proton.
Jika benar Proton memperkenalkan model rebadge Geely Boyue ke pasaran tempatan, mungkin inilah hasilnya. Lihat saja rekaan Ajerul ini yang pasti membuatkan sesiapa saja cair melihatnya.
Zack says
Nice design..
Wong ah Meng says
Reka bentuk cantik,nk ty blh duduk brp org dan brp speed....tq
kamar says
Good question .
Hopefully with 7 seaters
Saga3 says
Jika rebadge proton jangkaan harga dalam julat Rm91k hingga rm109k OTR termasuk insurance Dan GST.. Selewat²nya dilancarkan sebagai Proton SUV pada 2019 atau mungkin lebih cepat lagi jika permintaan menggalakkan.. Berkemungkinan menggunakan enjin 1.8L TGDI sahaja, kerana sistem cukai jalan di Malaysia, yang mana enjin berkapasiti lebih 2000cc akan meningkat lebih drastik..
Hazren says
klu proton jadikan suv 7 seaters mmg laku keras
SEDIH says
pengunaan minyak macam mana..? JIMAT KE
SEDIH says
ruang belakang bonet luas ke ....tunjuklah gambar.....berapa luas ya ruang belakang bonet ...?
Steven Lim Wee Siang says
It would be more attractive if a 7_ seater be built in and the price around 70-80k.OTR..I would only place a booking until a test drive.on the performance and functionality is tested..The looks and appearance seems attractive but would consider reliability most important.The warranty period must give the customer undoubted level of confidence when buying this SUV..Hopefully we can see and place booking soon.Proton must become a first choice brand like TOYOTA.
denatayo says
mengoda, tak sabar nak memilikinya..