• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru Impreza ST Black Selection 2025, Gaya Hitam, 2.0L, Dari RM90k

Subaru Impreza ST Black Selection 2025, Gaya Hitam, 2.0L, Dari RM90k

March 19, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

RUPA-RUPANYA kali terakhir PanduLaju mengkhabarkan mengenai model ikonik Subaru Impreza adalah pada 2020.

Untuk makluman, Impreza bukan lagi seperti dahulu sebagai pengangkutan untuk keluarga dan jentera lumba.

Tiada lagi Impreza WRX dan bermula generasi ketiga, model berprestasi ini berdiri dengan sendiri tanpa nama Impreza.

Impreza dan XV atau kini Crosstrek pula berkongsi dengan masing-masing menjalankan tugas sebagai hatchback dan crossover.

Impreza sedan juga ditamatkan pada generasi keenam yang diperkenalkan pada 2022.

Terbaru di Jepun, Subaru melancarkan model edisi khas Impreza ST Black Selection. Model ini berasaskan Impreza ST dan berbeza dari segi gayaan, peningkatan dari segi reka bentuk dan kelengkapan.

ST Black Selection hadir dengan ciri tambahan seperti kerusi larasan elektrik, pemanas stereng dan kerusi hadapan serta teknologi keselamatan seperti Bantuan Stereng Kecemasan dan Pengesanan Kenderaan Belakang.

Subaru Impreza ST Black Selection 2025.04
Subaru Impreza ST Black Selection 2025.03

Dari segi gayaan, model ini menampilkan elemen hitam pada rim, spoiler bumbung dan kemasan luaran serta dalaman untuk memberikan sentuhan lebih sporty.

Satu lagi, bukan semua Subaru dilengkapi pacuan semua roda simetrikal dan pelanggan Impreza diberi pilihan untuk pacuan roda depan (FWD).

Enjin dan Prestasi

  • Enjin 2.0L DOHC suntikan terus
  • Transmisi Lineartronic
  • Pilihan pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD)
  • Kuasa maksimum: 154 PS@,000 rpm
  • Tork maksimum: 196 Nm@4,000 rpm

Luaran

  • Lampu kabus belakang LED (Standard untuk model AWD)
  • Side skirt spoiler dengan kemasan hitam
  • Cermin sisi berwarna hitam
  • Kemasan hitam pada penutup lampu kabus hadapan
  • Spoiler bumbung hitam dengan lampu brek LED tinggi
  • Rim aloi 17 inci dengan kemasan Dark Metallic

Dalaman

  • Pedal sport aluminium (termasuk pedal pemijak)
  • Butang kawalan cermin sisi dengan kemasan perak
  • Suis tingkap berbingkai krom
  • Penutup konsol dengan jahitan perak
  • Kemasan bumbung dan tiang dalam warna hitam

Fungsi & Kelengkapan

  • Cermin sisi boleh lipat automatik dengan memori posisi & fungsi tilt semasa undur
  • Sistem navigasi terbina dalam
  • 6 pembesar suara (4 depan, 2 belakang)
  • Cermin pandang belakang elektro-kromatik (auto-dimming)
  • Tempat duduk pemandu larasan elektrik 10 arah, penumpang hadapan 8 arah
  • Memori posisi tempat duduk untuk pemandu, boleh dipaut dengan kunci akses
  • Fungsi auto slide-back untuk tempat duduk pemandu
  • Stereng dan tempat duduk hadapan dengan pemanas
  • Port USB di tempat duduk belakang (1 Type-A, 1 Type-C)
  • Lampu LED di pintu but belakang

Sistem Pencahayaan

  • Lampu utama LED sepenuhnya (high beam & low beam)
  • Lampu utama adaptif jenis Array Adaptive Driving Beam (ADB)
  • Lampu kabus depan LED
  • Lampu selekoh & lampu utama boleh laras mengikut stereng

Keselamatan

  • Bantuan Stereng Kecemasan (Emergency Pre-Collision Steering)
  • Pengesanan Kenderaan di Belakang Subaru (Subaru Rear Vehicle Detection - SRVD)

Berkenaan, Impreza ST Black Selection FWD ditawarkan pada 3,068,000 yen (RM90,756) dan 3,272,500 yen (RM96,806) untuk AWD.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Subaru, Subaru Impreza, Subaru Impreza ST Black Selection

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev