• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Elantra Facelift (2015) - Terima 14 Elemen Penambahbaikan

Hyundai Elantra Facelift (2015) - Terima 14 Elemen Penambahbaikan

March 6, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

ElantraFL_Ext_1HYUNDAI-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan model Elantra versi dipertingkat (facelift) yang hadir lebih segar dan menarik.

Sudah boleh didapati di kesemua pengedar Hyundai seluruh negara, Elantra facelift ini menerima penambahbaikan sehingga 14 elemen yang bukan saja melibatkan kosmetik, malahan ruangan dalaman turut dipertingkatkan.

HARGA:

  • Elantra FL 1.6 Elegance: RM85,888
  • Elantra FL 1.6 Executive: RM 95,676
  • Elantra FL 1.6 Premium: RM100,546
  • Elantra FL 1.8 Premium: RM114,984.40

PILIHAN WARNA: Putih, hitam, perak, kelabu dan merah.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan bagi model Elantra FL 1.8 Premium dari 5 Mac hingga 5 April depan bakal menikmati pakej servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km had perbatuan (mana tiba dahulu).

ELANTRA_DIMENSIONS_SIDE_2013_RHD_AUSELANTRA_DIMENSIONS_FRONT_2013_RHD_AUS    ELANTRA_DIMENSIONS_REAR_2013_GENELANTRA_RADIATOR_GRILLE_2013_RHD_AUS

PERUBAHAN: Berbanding versi terdahulu, Elantra facelift adalah 20mm (4,550mm) lebih panjang tetapi masih mengekalkan saiz jarak roda.

LUARAN: Untuk tampak lebih sporty, Elantra facelift hadir bersama bampar hadapan rekaan baharu. Begitu juga dengan gril, lampu kabus, lampu utama projektor (1.6 dan 1.8 Premium saja) dan lampu belakang menyerlahkan lagi imejnya.

DALAMAN: Antara penambahbaikan pada ruangan dalaman adalah tombol gear Transmission Gear Shift (TGS) baharu, Flex Steer System pada stereng, corong penghawa dingin penumpang belakang, MirrorLink Audio Visual Receiver dan Supervision Cluster dengan paparan Organic Light Emitting Diode (OLED) bersaiz 3.4 inci.

ELANTRA_AIR_CONDITIONER_2013_RHD_AUSELANTRA_SUPERVISION_CLUSTER_2013_RHD_AUS  PRESTASI: Walaupun menerima penambahbaikan sebanyak 14 elemen, ruangan prestasi tidak mengalami sebarang perubahan. Ia menawarkan dua pilihan enjin iaitu 1.6L Gamma MPI D-CVVT dan 1.8L Nu MPI D-VVT.

ELANTRA_18_20_MPI_ENGINE_2013_RHD_AUS    ELANTRA_16_MPI_ENGINE_2013_RHD

KESELAMATAN: Antara ciri keselamatan disematkan pada Elantra adalah enam beg udara (1.6L dan 1.8L Premium saja), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengurusan Stabiliti kenderaan (VSM) dan Bantuan Mula Daki (HAC).

Bagi anda yang ingin lihat dengan lebih dekat lagi, apa kata serbu pusat pameran Hyundai seluruh negara. Jangan lupa pandu uji sekali, kalau tidak sia-sia saja pergi.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Elantra Facelift, Hyundai Elantra FL 1.6 Elegance, Hyundai Elantra FL 1.6 Executive, Hyundai Elantra FL 1.6 Premium, hyundai Elantra FL 1.8 Premium:, Hyundai-Sime Darby Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev