SELEPAS KAMM 912c Targa pada Januari lalu KAMManufaktur kembali dengan KAMM 912c 60th Edition bagi menyambut ulang tahun ke-60 Porsche 912.
Model edisi khas ini menampilkan grafik unik, perincian dalaman eksklusif dan warna khas yang meraikan kejayaan 912 dalam dunia sukan permotoran.
Porsche 912 pertama kali diperkenalkan pada tahun 1965 di New York Auto Show sebagai model yang mengisi ruang di antara 356 yang sudah sampai ke hujung pengeluaran dan 911.
Dari 1965 sehingga 1969 sebanyak 32,000 unit dihasilkan dan menjadikannya lebih eksklusif berbanding 911.
Bagi mengekalkan harga yang hampir dengan 356 yang digantikannya, jurutera Porsche memilih untuk menggunakan enjin Type 616/16 1.6 liter empat silinder sama seperti 356 dan bukan enjin enam silinder yang lebih besar dan mahal seperti 911.
Walaupun 5 hp lebih rendah daripada 356 dengan 90 hp, berat yang lebih ringan berbanding 911 membolehkan 912 menawarkan pengendalian yang lebih cemerlang.
KAMM 912c 60th Edition – Teknologi & Warisan Sejati
- Penggunaan gentian karbon membolehkan KAMM 912c mencapai berat serendah 750kg untuk pengalaman pemanduan autentik.
- Model ini diinspirasikan daripada kejayaan Porsche 912 dalam perlumbaan rali.
- Pada tahun 1967, pelumba Poland, Sobieslaw Zasada, menjuarai European Rally Championship dengan Porsche 912.
- Kejayaan dalam rali itu menjadi inspirasi warna Poland Red
Enjin
- Enjin: 2.0L 4-silinder, udara sejuk, berasaskan Porsche Type 616
- Kuasa kuda: 190 hp
- Transmisi: Manual 5-kelajuan (pilihan nisbah gear untuk jalan raya atau litar)
Pilihan Warna Ikonik dari Sejarah Perlumbaan
- Poland Red – Meraikan kejayaan Sobieslaw Zasada dalam rali Eropah 1967.
- Bahama Yellow – Warna asal Porsche 912 yang berjaya dalam perlumbaan rali di Sweden pada tahun 1967.
Spesifikasi & Pilihan Pembelian
- Setiap KAMM 912c 60th Edition dibuat khas berdasarkan model 912 klasik, dengan kejuruteraan semula untuk mengekalkan keaslian.
- Hanya satu unit akan dihasilkan bagi setiap warna, menjadikannya sangat eksklusif.
- Set lengkap pilihan termasuk:
- Livery perlumbaan klasik
- Sistem audio Bluetooth
- Penyaman udara & pemanas kabin
- Pengecas tanpa wayar
- Pilihan talaan enjin & nisbah gear untuk jalan raya atau trek
- Setiap pembeli menerima sesi rekaan 1:1 dengan pengasas KAMM, Miki Kazmer, di Budapest.
- Hadiah eksklusif termasuk topi keledar perlumbaan ulang tahun ke-60, pakaian khas, artwork KAMM dan model skala gentian karbon.
Harga & Tempahan
- KAMM 912c 60th Edition kini tersedia untuk tempahan pada harga €395,000 (RM1,834,953).
Leave a Reply