SEDIA maklum tempahan bagi Proton Exora 2017 versi diperhalusi (refinement) sudahpun dibuka pada 15 Jun lalu. Bagaimanapun kami masih belum menerima sebarang foto rasmi daripada pihak Proton.
Untuk itu, kami meminta Ajerul Antoine, pakar manipulasi foto menghasilkan dua gambar Proton Exora 2017 refinement.
* Foto ini dihasilkan sendiri oleh Ajerul Antoine dan bukannya gambar rasmi daripada Proton.
Bagi anda yang tidak tahu, Proton Exora 2017 refinement diberikan penambahbaikan dari segi NVH (kebisingan, getaran dan kekasaran), sama seperti Iriz yang diperkenalkan baru-baru ini.
Keselesaan kabin juga dipertingkatkan menerusi pengurangan jumlah cagakan kepada 3-poin yang mengurangkan kebisingan dan getaran daripada enjin. Hasilnya Proton Exora 2017 refinement ini lebih senyap dan responsif!
Dari segi varian, Proton Exora 2017 refinement masih kekal dengan dua pilihan iaitu 1.6T Executive CVT dan 1.6T Executive Plus CVT.
BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!
HARGA
- Proton Exora 1.6T Executive CVT 2017 - RM67,800
- Proton Exora 1.6T Executive Plus CVT 2017 - RM75,800
* Harga atas jalan termasuk GST, insurans dan cukai jalan
5 WARNA PILIHAN
- Ruby Red (merah - warna baharu)
- Elegant Brown (coklat)
- Cocoa Grey (kelabu)
- Indiana Grey (kelabu)
- Cotton White (putih)
BACA >>> Proton Iriz 'Facelift' Kini Diperhalusi, Lebih Responsif dan Senyap [80++ Foto Menarik]
APA YANG BAHARU?
Antara pembaharuan dan penambahbaikan yang ditampilkan pada Proton Exora 2017 refinement ialah;
- Warna baharu - Merah
- Bumbung hitam - varian Executive Plus CVT sahaja
- Gril hadapan & belakang berwarna hitam
- Logo baharu Proton
- Spoiler hitam
- Cermin sisi hitam
- Skrit sisi hitam
- Sistem audio baharu (sama seperti Saga)
- Sambungan USB
Bagi anda yang mahu memilikinya, tempahan Proton Exora 2017 refinement sudahpun dibuka. Bagaimanapun kami masih belum menerima sebarang foto rasmi daripada Proton.
Apakah anda berminat dan teruja dengan pembaharuan terbaru Exora ini?
BACA >>> Proton 'Naik Gila', Dulu Servis RM1,137, Sekarang Hanya RM574
JoeEOCM says
Harap² xde dah masalah headlamp masuk air, kipas radiator baru pakai seminggu dh kong (2 bende ni mmg defect, tp pengguna kene rasa pengalaman dulu baru leh gi svc ctr n tukar), fuel gauge yang menganiaya pengguna (kat meter ada 2 bar, tapi sebenarnye tangki dah kosong!!!), room light yg rapuh/reput.. cvt yg bermasalah dan kos tahap kering duit dlm bank (pengalaman rakan bold)
yang lain memang saya sebagai pemilik exora cps sgt berpuas hati. Spacious, comfort, 2nd row & back seat yg totally foldable (boleh bentang toto n bawak barang banyak giler). Cuma pada versi cps ada VIM yg cukup time akan buat bunyi exora mcm dlm hood tu ada V8@V10 engine dan kos nk tukar VIM tu dekat rm1k!...
Razmie says
Saya merupakan pengguna kereta proton yang tegar dan proton exora merupakan model ketiga keluaran proton yang saya miliki. Bagi model mc3 keluaran terbaru saya telah menerima kereta pada 6.12.2017 yang lalu dan kereta telah digunakan untuk pemanduan yang jauh lebih kurang 1800 km jarak pemanduan dari pantai timur sabah ke kuching sarawak. Satu pujian ke atas pihak proton iaitu bagi perjalanan yang agak kurang selesa dengan muatan yang penuh iaitu 5 penumpang dan barangan keperluan, proton exora betul2 di uji dari segi ketahanan dan penggunaan minyak yang cukup efisien bagi jarak perjalanan yang jauh. Syabas ke atas kejuruteraan proton yang dapat menghasilkan sebuah mpv yang bukan saja luas dan selesa tetapi enjin yang responsif bagi perjalanan untuk muka bumi sabah dan sarawak. Untuk makluman semua model yang saya gunakan ialah model executive (turbo).
zuriani says
kurang selesa atau selesa?
Ayutai says
Bagus la idea ciptaan ajierol ni. Baru kereta ciptaan setaraf antarabangsa.. body fit dia mcm honda.. line yg tajam..