• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Proton e.MAS 7 Penuhi Ciri SUV Elektrik untuk Famili Malaysia!

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Penuhi Ciri SUV Elektrik untuk Famili Malaysia!

February 5, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PRO-NET baru-baru ini mempelawa sekumpulan wakil media untuk sesi pandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh (EV) terbaharu jenama itu, iaitu Proton e.MAS 7.

Sebanyak 10 SUV Proton e.MAS 7 membabitkan dua varian dipandu kira-kira 30 petugas media dari Selangor ke Melaka sebelum masing-masing kembali ke Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Shah Alam.

Berbeza kebanyakan sesi pandu uji dibuat pengeluar, peserta kali ini dibiarkan bebas hampir tiga hari untuk meneroka dan merasai sendiri penjagaan sepenuhnya EV berkenaan.

Varian disediakan terdiri daripada dua unit varian asas Prime dan lapan unit varian Premium. Penulis menjadi penumpang varian Premium dalam perjalanan ke Melaka, dan memilih menguji varian asas sebaik saja berada di kota Melaka.

Perbezaan kedua-dua model itu membabitkan beberapa ciri dengan aspek terbesar ialah kapasiti bateri dan cerita ini pernah penulis laporkan sebelum ini.

APA RASA BERADA DALAM PROTON E.MAS 7?

Ulasan yang penulis berikan di bawah ini adalah apa yang dirasai sendiri dan tidak semestinya senada dengan individu lain. Berikuta apa yang penulis rasa:

  • Tidak banyak perbezaan dapat dilihat dari pandangan mata kasar ketika menaiki varian Prime atau Premium sebagai seorang penumpang pada waktu siang.
proton emas7 - 17
proton emas7 - 5
proton emas7 - 3
  • Bumbung panoramik atau lampu ambien (hanya varian Premium) sebenarnya tidak begitu bermanfaat, tetapi mungkin bermakna kepada mereka yang menyukai hiasan kosmetik, atau mahu mendapatkan lebih nilai atau fiil eksklusif memiliki SUV berkenaan.
  • Aspek keselesaan tempat duduk dan ruang kabin melangkaui jangkaan penulis. Cukup luas sampai boleh silang kaki ketika duduk di kerusi belakang. Ini bonus untuk keselesaan seisi keluarga.
  • Corong penyaman udara pada papan pemuka di depan dan belakang boleh diubah arah haluan angin sejuk.
  • Stereng bukan bentuk bulat penuh kerana permukaan bawah dan atas sedikit rata. Perlu mengambil masa untuk membiasakan diri, terutama kepada pemandu yang sudah terbiasa memandu stereng bulat.
  • Suspensi kekal lembut walaupun didakwa Proton sudah dipertingkat. Olengan badan SUV dapat dikesan ketika membelok pada halaju sederhana dan terasa sedikit membuai.
  • Bagi berlaku adil, Proton e.MAS 7 ialah SUV famili dan suspensi ditala lembut sebenarnya menyumbang kepada aspek keselesaan. Jangan lupa SUV itu 'memikul' beban bateri yang menjadi 'enjin' model ini.
  • Paparan unit infotainmen skrin sentuh dan kluster  instrumen memaparkan kualiti grafik dengan resolusi berkualiti tinggi yang mana maklumat penting kenderaan mudah dilihat.
  • Masih belum ada konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto buat masa ini. Ciri itu mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.

  • Butang kawalan pada stereng dicetak dengan simbol 'bukan konvensional'.
  • Sistem navigasi mudah digunakan, tetapi agak mengelirukan dan banyak perkara perlu ditambah baik. Sepanjang penggunaan, peta digunakan agak tidak lengkap dan mengelirukan (misalnya, gagal mengenal pasti lorong sehala).
  • Pengendalian stereng sesuai untuk sebuah SUV yang membolehkan pemandu merasai sentuhan tayar atas pemukaan jalan. Ini jauh lebih baik berbanding sesetengah SUV lain dari China yang menawarkan respons stereng 'semacam tak ada'.
  • Bunyi luaran (angin dan tayar) mudah didengari ketika berada dalam kabin. Apapun, satu ciri yang tetap tidak disukai ialah bunyi (jingle) van aiskrim ketika memandu pada halaju bawah 30kmj.

  • Untuk varian Prime, catatan penggunaan tenaga elektrik boleh mencecah paras 11kWh per 100km jika memandu secara berhemah. Kelajuan maksimum sebenarnya boleh dicapai hingga 181kmj.
  • Tempoh mengecas 30 hingga 80 peratus mengambil masa dalam julat 20 minit jika menggunakan pengecas pantas (DC).
  • Proton mendakwa kos mengecas pek bateri sebenarnya lebih murah berbanding kos petrol, iaitu pada kadar satu pertiga, manakala jangka hayat bateri boleh bertahan hingga 400,000km.
  • Ruang but besar. SUV ini juga sarat dengan ruang simpanan termasuk pemegang cawan dalam kabin.
IMG_0791
IMG_0792
IMG_0805
IMG_0876
IMG_0930
IMG_0931
IMG_0932
IMG_0933
IMG_0934
IMG_0935
IMG_0936
IMG_0937
IMG_0938
IMG_0939
IMG_0940
IMG_0941
IMG_0942
IMG_0943
IMG_0944
IMG_0945
proton emas7 - 1
proton emas7 - 2
proton emas7 - 3
proton emas7 - 4
proton emas7 - 5
proton emas7 - 6
proton emas7 - 7
proton emas7 - 8
proton emas7 - 9
proton emas7 - 10
proton emas7 - 11
proton emas7 - 12
proton emas7 - 13
proton emas7 - 14
proton emas7 - 15
proton emas7 - 16
proton emas7 - 17
proton emas7 - 20
proton emas7 - 21
proton emas7 - 22
proton emas7 - 23
proton emas7 - 24
proton emas7 - 25
proton emas7 - 26
proton emas7 - 27
proton emas7 - 28
proton emas7 - 29

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Pandu Uji, Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Pandu uji, Pandu Uji Proton e.MAS 7, panduuji, Proton, Proton e.MAS 7 2025, Proton e.MAS7, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev