• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Tawar Tambang Percuma Selama Dua Hari Sempena Thaipusam

KTMB Tawar Tambang Percuma Selama Dua Hari Sempena Thaipusam

February 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari bermula 10 Februari ini, sempena sambutan Thaipusam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tawaran itu terpakai kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang yang menggunakan imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG) yang akan beroperasi 24 jam selama empat hari bermula Ahad.

Loke juga memaklumkan jadual perjalanan bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelaburan Klang akan diselaraskan mengikut keperluan sepanjang sambutan.

Inisiatif tersebut bertujuan memenuhi permintaan penumpang, terutama penganut Hindu yang mahu menyaksikan sambutan Thaipusam di Batu Caves.

KTMB menjangka lebih 500,000 pengguna akan memanfaatkan perkhidmatan ini, dengan peningkatan 10 peratus berbanding tahun lalu dengan kemuncak perjalanan dijangka pada 11 Februari.

Selain itu, 494 perjalanan tren tambahan akan disediakan sepanjang empat hari tersebut melibatkan beberapa laluan utama seperti:

  • Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves
  • Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu Caves
  • KL Sentral-Batu Caves-KL Sentral

Tren tambahan itu akan beroperasi selepas tren terakhir pada setiap hari dengan kekerapan lebih baik, terutama buat pengguna dari KL Sentral.

Sementara itu, Rapid KL juga menyediakan perkhidmatan shuttle percuma ke Batu Caves, manakala Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan feri percuma sepanjang dua hari perayaan.

Di Johor Bahru, Seremban, dan Ipoh, BAS.MY turut menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk memudahkan penganut Hindu ke lokasi perayaan pada 11 Februari nanti.

SUMBER: KTMBerhad

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), tambang percuma, Thaipusam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev