• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar Gesa Guna Kamera Pemuka Rakam Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Pakar Gesa Guna Kamera Pemuka Rakam Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

February 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASALAH pengguna jalan raya menggunakan lorong kecemasan dan memotong sesuka hati kini bukan lagi hanya berlaku pada musim perayaan, tetapi sudah menjadi rutin harian yang membimbangkan.

Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya, Jamil Manan Supri, berkata, masalah itu berpunca daripada sikap mementingkan diri dan kurang rasa hormat terhadap pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, sikap tidak sabar dan tidak menghormati peraturan jalan raya sering menyebabkan tragedi, terutama ketika berlaku kesesakan lalu lintas pada musim perayaan atau cuti panjang.

Walaupun Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti Smart Lane yang diperkenalkan PLUS Malaysia Berhad untuk meningkatkan kapasiti lorong, masalah utama tetap kepada sikap pemandu.

Jamil juga menekankan perlu orang ramai memainkan peranan dalam menangani masalah ini dengan menggalakkan penggunaan kamera pemuka (dashcam). Beliau berkata, penggunaan dashcam untuk merakam kesalahan pemandu yang menyalah guna lorong kecemasan adalah antara cara terbaik memastikan pesalah trafik dikenakan tindakan.

Rakaman video atau gambar yang diambil boleh digunakan sebagai bukti kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan undang-undang.

Rakaman tersebut boleh dihantar melalui aplikasi mudah alih MyJPJ atau media sosial rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil.

Dengan langkah ini, diharapkan dapat mengurangkan kesalahan penggunaan lorong kecemasan dan meningkatkan disiplin pemandu di jalan raya demi keselamatan semua pihak.

SUMBER: HarianMetro

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kamera Papan Pemuka (Dashcam), Lorong Kecemasan, Salah Guna Lorong Kecemasan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev