EON Berhad yang merupakan pengedar automotif utama di Malaysia dengan bangganya melancarkan bilik pameran Proton e.MAS di Glenmarie, Shah Alam, sebagai sebahagian daripada sokongan terhadap peralihan Malaysia ke arah mobiliti lestari dan era kenderaan elektrik (EV).
Pelancaran ini bertepatan dengan permulaan EON & Sahabat Festival of New Beginnings 2025, sebuah perayaan tiga hari dari 10 hingga 12 Januari 2025, yang merangkumi pelbagai aktiviti menarik.
Bilik Pameran untuk Mobiliti Masa Depan
Bilik pameran ini berkeluasan 5,457 kaki persegi, menggabungkan rekabentuk model dan teknologi canggih untuk memberikan pengalaman lebih baik kepada pelanggan. Fasiliti ini menawarkan:
- Kawasan pameran khas untuk model Proton e.MAS
- Zon konsultasi untuk perkhidmatan peribadi
- Operasi servis yang canggih untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan efisien.
Bilik pameran ini juga dibuka dari Isnin hingga Sabtu (8.30 pagi - 5.30 petang), Ahad dan Cuti Umum (10 pagi - 4 petang).
CEO EON Berhad, Akkbar Daniel berkata;
Pembukaan bilik pameran ini mencerminkan visi EON untuk menjadi peneraju dalam transformasi EV Malaysia serta komitmen kami terhadap inovasi dan kelestarian."
Lokasi Strategik dan Kemudahan Lengkap
Bilik pameran ini terletak di kompleks ibu pejabat EON di Glenmarie, bersebelahan bilik pameran EV smart yang menjadikan ia hab EV menarik di Lembah Klang. Kompleks ini juga dilengkapi kawasan parkir kereta luas dan pengecas DC bagi memudahkan pemilik EV.
Selain itu, kompleks ini juga mempunyai EON Autospa untuk perkhidmatan auto detailing dan outlet AVIS Malaysia untuk sewaan kereta yang menambahkan lagi kemudahan buat pelanggan.
Memimpin Mobiliti Lestari dengan Proton e.MAS
Pelancaran ini juga mengukuhkan kedudukan EON sebagai pengedar utama Proton dan penyedia utama jualan EV, dengan Proton e.MAS 7 menjadi EV nasional pertama di Malaysia.
Sejak penubuhannya pada 1984, EON sudah menjual lebih 2 juta unit kenderaan Proton, dan akan terus melabur dalam teknologi serta latihan pakar e.MAS untuk memberikan pendidikan mengenai pemilikan EV, butiran teknikal, dan pilihan pembiayaan.
Sambutan Ulang Tahun ke-40
EON & Sahabat Festival of New Beginnings 2025 mempamerkan inovasi dan kerjasama melalui pelbagai aktiviti keluarga, pameran kenderaan, dan pandu uji. Beberapa tawaran menarik turut disediakan seperti:
- Kelulusan pinjaman kenderaan pada hari yang sama
- Rebat khas dan tawaran eksklusif
- Hadiah menarik termasuk koleksi kereta Hot-Wheels (lebih 700 unit)
- Kadar pembiayaan sewa beli terendah iaitu serendah 1.98 peratus
Festival ini juga menandakan penutupan kempen AEON x EON #samasama40 Spend & Win, yang akan menyaksikan pemberian hadiah utama Proton X90 Flagship, smart #1, Mitsubishi Xpander, dan Audi Q8 eTron kepada pemenang bertuah pada 11 Januari 2025.
Dengan perayaan 40 tahun kejayaan, EON terus berkembang ke arah penyelesaian lestari dan inovasi digital, serta kekal sebagai peneraju dalam evolusi automotif Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai bilik pameran Proton e.MAS dan kemas kini acara akan datang boleh layari www.eon.com.my.
Leave a Reply